Assalamualaikum semua blogger,
Pejam celik, pejam celik. Dah nak dekat raya lagi 1 hari je kita berpuasa dan ramadhan akan meninggalkan kita, bukan lame pun. Korang dah beli baju raya ke?, aku?, semestinya dah siap beli, tapi aku hanya beli baju je. Tak beli sepasang pun, sebab aku tak selalu pakai sepasang.
Bagi aku raya tahun ni macam takde pape, takde kenangan yang aku boleh simpan sebagai kenangan, entah la. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni, mungkin sebab aku tak dapat apa yang aku impikan selama ni, ataupun aku banyak tumpukan dekat kerja dari raya ni. Hurmm..raya ni aku tetap jugak kerja, tapi aku ambik shif malam la, nak buat macam mane kan?, nak jugak kene cari duit. Sampai bila lagi aku nak membujang macam ni?.
Masuk ni dah dekat 1 minggu aku masih demam, aku tak tahu kenapa ngan aku, tapi aku tetap masih boleh teruskan bekerja walaupun aku sakit. Aku tak nak sakit tuh jadi penghalang buat aku. Harap-harap cepat la baiknye ni.
Sebenarnya bukan ini yang aku nak ceritakan, yang aku nak ceritakan sekarang ni, macam mana aku nak nak cakap kat seseorang ni tanda mintak maaf sebab selama ni aku telah membuatkan si dia menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa, sebab bila dia tanya kenapa aku mendiamkan diri, aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Aku dah kawan ngan dia selama 4 tahun lamanya, tetiba tahun lepas aku jadi seorang yang pendiam, penyepi. Dia cakap aku dah banyak berubah, dan dalam masa yang sama aku telah buat dia menangis. Aku pernah berjanji dekat dia yang aku takkan buat dia menangis lagi, hanya lakaran senyuman yang manis darinya yang aku mahu, tapi kenapa tu semua berubah??!
Aku tak tahu kenapa, adakah tu semua salah aku?, tapi aku pernah meminta untuk dia untuk beri masa aku tenangkan fikiran aku yang serabut tuh, tapi dia tetap mendesak nak tahu kenapa aku jadi macam tu. Hurmm..
Raya dah nak dekat, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana dengan dia?, adakah dia dah mula membenci aku?, atau sebaliknya?. Aku sendiri tak tahu, perlu ke aku mesej dia sekarang atau terus jumpa kat rumah dia?, aku takut dia nangis sekali lagi kalau berjumpa aku?. hurmmm.. Macam mane ni?, tolong la....