This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Bulan Puasa. Show all posts
Showing posts with label Bulan Puasa. Show all posts

Friday, August 17, 2012

Episode 23: Haruskah aku?



Assalamualaikum semua blogger,


Pejam celik, pejam celik. Dah nak dekat raya lagi 1 hari je kita berpuasa dan ramadhan akan meninggalkan kita, bukan lame pun. Korang dah beli baju raya ke?,  aku?, semestinya dah siap beli, tapi aku hanya beli baju je. Tak beli sepasang pun, sebab aku tak selalu pakai sepasang. 


Bagi aku raya tahun ni macam takde pape, takde kenangan yang aku boleh simpan sebagai kenangan, entah la. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi macam ni, mungkin sebab aku tak dapat apa yang aku impikan selama ni, ataupun aku banyak tumpukan dekat kerja dari raya ni. Hurmm..raya ni aku tetap jugak kerja, tapi aku ambik shif malam la, nak buat macam mane kan?, nak jugak kene cari duit. Sampai bila lagi aku nak membujang macam ni?.


Masuk ni dah dekat 1 minggu aku masih demam, aku tak tahu kenapa ngan aku, tapi aku tetap masih boleh teruskan bekerja walaupun aku sakit. Aku tak nak sakit tuh jadi penghalang buat aku. Harap-harap cepat la baiknye ni.

Sebenarnya bukan ini yang aku nak ceritakan, yang aku nak ceritakan sekarang ni, macam mana aku nak nak cakap kat seseorang ni tanda mintak maaf sebab selama ni aku telah membuatkan si dia menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa, sebab bila dia tanya kenapa aku mendiamkan diri, aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Aku dah kawan ngan dia selama 4 tahun lamanya, tetiba tahun lepas aku jadi seorang yang pendiam, penyepi. Dia cakap aku dah banyak berubah, dan dalam masa yang sama aku telah buat dia menangis. Aku pernah berjanji dekat dia yang aku takkan buat dia menangis lagi, hanya lakaran senyuman yang manis darinya yang aku mahu, tapi kenapa tu semua berubah??!


Aku tak tahu kenapa, adakah tu semua salah aku?, tapi aku pernah meminta untuk dia untuk beri masa aku tenangkan fikiran aku yang serabut tuh, tapi dia tetap mendesak nak tahu kenapa aku jadi macam tu. Hurmm..


Raya dah nak dekat, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana dengan dia?, adakah dia dah mula membenci aku?, atau sebaliknya?. Aku sendiri tak tahu, perlu ke aku mesej dia sekarang atau terus jumpa kat rumah dia?, aku takut dia nangis sekali lagi kalau berjumpa aku?. hurmmm.. Macam mane ni?, tolong la....



Saturday, August 11, 2012

Episode 22: Malaysia Ambil Kebudayaan Korang?

Sebenarnya hari ni aku malas nak update sebab tak banyak cerita yang best untuk aku cerita hari ni, lagi pun aku balik keje dalam pukul 1.30am. Malas la pulak nak update entry ni, just berblogwalking je la yang mampu aku buat. Online punya online dah dekat nak bersahur dah pun, so aku bukak la blog aku kejap, mana la tahu ada komen ke idak kan. Aku klik je kat komen nitification aku. aku dapat komen ni? korang tengok kat bawah ni.


Aku memang tak delete la komen ni, aku terus approve je. asal Tak kasi link kat aku?. Aku nak tengok sapa yang buat pailang feat taiko sangat tuh. Nampak sangat ni bukan orang malaysia kan?. kalau korang tak caye, tengok kat link ni KLIK SINI . Aku takkan delete komen ni, Ni aku buat entry pon sebab aku nak tau, sebab apa kau kata macam ni?. Tunjuk sikit muka kau yang hensem tuh, komen berani, tapi tak berani nak tunjuk sapa diri kau tuh. Nampak sangat pengecut. 

P/S: Kalau kau baca Entry ni, boleh la komen ye. Aku takkan delete komen kau punya. Aku nak tau sebab apa kau kata Malaysia ni rampas kebudayaan korang huh?.

Friday, August 10, 2012

Episode 21: Bartender Boy


Hai?!, bertemu kembali bersama aku dalam kisah aku pun tak tau nak cakap tajuk apa yang aku nak bagi tentang cerita aku ni?, haha!. Nie la keje aku kalau masa takde costumer, duk relax la kejap. Kadang-kadang tuh sampai nak tertido aku di buatnya, aku paling suka masa ramai costumer. Keje jadi laju, masa pun jadi laju. Sesetengah orang minat costumer tak ramai, boleh relax katenye, tapi aku lebih suka kalau ramai costumer. Best kot!, boleh buat keje kelam kabut feat laju.huhu..


Amacam?, hemsem tak mamat tu?. Haha! perasan sebentar. Ni cafe halal ok, semua minuman halal je kat sini, semua air kat sini bertemakan Tea bermacam-macam jenis. Aku sendiri pun tak dapat nak ingat semua nama tea kat sini, buat air ikut list yang keluar tuh ja. Nasib baik otak aku cepat tangkap apa yang di ajar, tak la nampak susah sangat.


Nampak macam serabut je kan, ngan botol air punya banyak, tapi ni semua botol air buah-buahan je. Bukan apa sangat pon,kalau tak caye bleh datang sini try minum.huhu..


Aku kerja bartender ni pun sebab nak cari pengalaman,banyak lagi jenis air yang aku tak tau kat malaysia ni. Selagi mampu aku belajar, aku belajar. Mana la tahu suatu hari nanti aku boleh urus kedai cafe sendiri,lagi bagus kan? dari jadi kuli je sepanjang hidup. Tak guna jugak.



Thursday, August 9, 2012

Episode 20: Demam?.


Bila mula kerja di tempat baru je, mesti aku akan dapat demam panas, haishh!. Tak paham aku, tapi selagi aku mampu berjalan, aku pergi je keje, tak pandang sakit tuh dah walaupun aku asyik keletihan. Hurmm, orang selalu cakap aku selalu memaksa diri, tapi itu aku. Aku taknak disebabkan demam ni aku nak cuti, orang lain sakit lagi teruk dari ni pun mampu lakukan kerja,takkan aku tak boleh?.


Hari raya ni aku mungkin kerja jugak, tapi shif malam la kat cafe aku tuh, siang-siang boleh la beraya kejap kan?. Nanti apa pula kata member-member yang lain kalau aku tak datang beraya kat rumah diorang, kecik hati, limpa, hempudu diorang nanti. Hahaha!...






Tuesday, August 7, 2012

Episode 19: Keletihan Melanda


Sejak semenjak aku kerja ni, rasa mengantuk je keje aku pulak sekarang ni, selalu tak pulak macam ni?. Hhurmmm..mungkin aku terlalu letih sangat kot, esok sepatutnya aku cuti tapi aku mintak kat bos untuk overtime, malas aku nak lepak duk kat umah ni. Baik kerja cari duit lagi bagus.


2 hari lepas, nasib baik aku tak excident di sebabkan punya mengantuk masa tuh, hurmm.. Memang aku perlukan sangat rehat secukupnya selepas ni.


Ok la semua, aku pun dah tak tahu nak cerita apa dah sekarang, sebab tak banyak yang boleh aku fikir. Semua tentang kerja je, takda yang menarik untuk aku cerita lagi, kalau ada cerita best nanti aku cerita kat korang, assalammualaikum semua.

Sunday, August 5, 2012

Episode 18: Cabaran Menanti

As-salam semua, esok dah la aku kena pergi kerja awal dalam pukul 8pagi macam tu, tapi kenapa bila aku tidur, mesti tak nyenyak. Aku ingatkan aku dah tido lama dah, aku tengok je jam kat telephone aku, perghh! sakitnye perut kelaparan!, baru pukul 3 pagi. Hurmm..sabar je la, tapi bila bukan bulan puasa tu, nak bangun atau terjaga dari tidur memang confirm la tak terbangun. Yang tuh aku tak tahu kenapa pulak jadi macam tuh.haha!


Aku dengar pulak bos cakap hari ni mungkin ramai costumer sebab baru bukak kan?, perghhh! parah ni!, dah la baru training buat air tak sampai 2 hari kot?. Macam mana nak ingat semua tuh?, air pulak bukan satu jenis, berpuluh jenis nak kena ingat dalam satu masa. Hurmm..Berkemungkinan aku akan OT kot esok, sebab tak cukup orang. Pekerja kat situ cuma 4 orang je yang baru ada. Aku, Fezal, Momo, dan Ying. Agak-agak boleh ke ni?, cam tak yakin plak aku. Hahaha!


Bak kata pepatah "air yang di cincang tak kan putus", tapi itu bukan isu yang sebenarnya., yang pasti aku suka kalau dapat OT. Raya ni pun aku nak kerja jugak, tapi malam la kerja kan, rugi kerja siang-siang ni. Member semua dok risau pasal baju raya, tapi aku tersenyum menandakan aku kecewa. Hahaha!, Aku tak tahu kenapa.

Saturday, August 4, 2012

Episode 17: Dalam Latihan


Haaa..Ni selepas balik training dari tempat keje aku di MOCHADO CAFE. Ok la, semua boss sporting macam kawan-kawan ja. Boss pun muda, macam tak percaya je kalau korang tengok. Masa ni aku lepak kat taman, tak tau nak pegi mana dah. Tunggu plan dari member-member lain contact buat plan.


Korang pernah terfikir tak nak jadi boss?. Hurmm.. aku pernah jugak terfikir nak bukak satu cafe, tapi tak tahu bila masa tu akan tiba. Mesti best kan kalau dapat bukak kedai sendiri, tapi aku tak nak la bukak jauh-jauh. Setakat kat Parit Buntar, Perak ni dah la. Kalau maju baru pikir nak bukak tempat lain. Insyaallah kalau impian ni termakbul.


Haaaa...Ni la tempat aku nak buat kerja. Di tengah-tengah, kiri dan kanan semua meja. Cafe ni start bukak hari isnin ni, sapa yang dekat parit buntar perak. Datang la sini.hehehe.. Kalau kenal buat-buat tak kenal pun tak pe, sebab aku sendiri tak kenal orang sebenarnya. Selalunya reaksi orang pada aku adalah budak sombong. Tu yang aku selalu dapat pada reaksi pandangan pertama. Don't Judge by it cover ok.

Esok last kemas cafe tuh, diorang kata banyak barang nak kena kemas. Lantak la, janji kerja. Jangan banyak relax sudah, aku cepat mengantuk. Assalammualikum semua.

Friday, August 3, 2012

Episode 16: Aku Bartender

Alhamdulillah, tadi aku pegi jumpa bos kat tempat keje tuh, Dia cakap start keje esok, tapi bukan bukak sepenuhnya lagi. Baru nak start kemas dan training sikit sebab menu beverage ni banyak sangat diorang buat, bertambah pening la aku lepas ni, tapi aku suka cabaran macam ni. Lagi banyak keja diorang bagi, lagi bertambah seronok aku nak terima cabaran tuh.



Mintak-mintak la aku kekal sebagai bartender, sebenarnya aku malas nak jadi waiter ni. Aku ni jenis pemalu sikit sebenarnya, dalam tenet ni memang la nampak berani sebab tak face to face hanya facebook ja..haha!. Kalau depan-depan confirm akan jadi diam atau pun last reaksi, senyum je la.


Entah kenapa aku ni takut sangat nak jadi waiter, harap-harap takda la yang kenal aku kat sana nanti. Hahaha! malu kot, hanya mampu tersenyum kalau yang kenal-kenal nanti, tapi lain la kalau member rapat datang kan. Mesti riuh rendah punya. Aku raya ni pun keje jugak, tapi aku ambik shif malam la kalau raya nanti, malas la nak cuti sangat. Lagi pun malas aku selalu tak buat apa, tidur tak pun duk umah tengok TV je.


Oklah, nampaknya mata pun dah cemburu aku buat entry panjang-panjang ni. Lagi pun dah berapa lama aku tidur tak cukup sebab tak boleh nak tidur punya pasal, ape-ape hal nanti aku cerita kat korang apa yang jadi  esok atau sebaliknya yang terjadi. 

Assalammualaikum semua blogger!, Selamat berpuasa di bulan Ramadhan!.

Thursday, August 2, 2012

Episode 15: Pemikiran Kehadapan


Bila duk sorang-sorang kat rumah sambil di melayani lagu raya kan, korang pernah terfikir masa depan korang bila kawen?. Hahaha.. Lain pulak yang keluar dalam kepala otak ni kan?.. Aku pikir jugak, sebab tanggungjawab tu lagi besar. Aku jugak bila di fikir-fikirkan.


Nak bercinta tu, semua orang boleh bercinta, tapi cinta tu belum tentu suci dari hati. Kadang-kadang tuh lelaki hanya memikirkan nafsu, aku pun lelaki jugak. Tak terlepas dari semua tu kan?..


Tapi bila aku pikir soal kawen, macam mana la nak akad nikah aku nanti. Perghhh! Menyirap jugak bila aku pikir bila di kelilingi orang, aku dah la cepat tergagap. Mahunya kena lafaz banyak kali ni. Hahaha!


Jangan pikir kawen tuh senang ok, aku dok tengok video orang kawen semua tuh, boleh lemah jantung aku. Tapi kan, kalau aku kahwen dengan agama lain macam mana pulak?. Tu aku masih tak paham lagi.


Haaaa...satu lagi yang selalu pikir, nak zuriat generasi muda mudi.hahaha..Semua mesti impikan semua ni kan, kalau yang tak impikan tuh, mungkin tak suka budak-budak kot. Mane nak tahu kan, bayi la yang menyempurnakan hidup sepasang suami isteri. Tapi tak semua pasangan akan memiliki tu semua, aku pun terfikir jugak kesitu. Terima takdir yang telah diberi, mungkin ada pilihan lain kan. Kita masih boleh mengambil anak angkat. 






Wednesday, August 1, 2012

Episode 14: Kejapnya Rasa


Macam biasalah kan, nak tidur cukup susah aku ni. Kalau dah mula start depan laptop ni, apa yang aku mula fikir ialah nak update ape pulak lepas ni?. Hahaha!..Biasa la tu kan?, tu je yang mampu aku buat. Banyak sebenarnya aku simpan dalam kepala ni, tapi banyak pulak yang lupa. hurmm...


Lagu raya pun dah mula berkumandang dalam radio sekarang ni kan?, aku tak sempat pulak dengar, dengar orang cakap je la. Betul ke?. Huhuhu.. Rasa Cepat je kan masa berlalu, dulu masa kecik-kecik rasa lambat je nak abis puasa ni. Mungkin jugak sebab tak tahan nak berbuka, semua benda jadi lambat.


Dok Sembang pasal lagu ni, baju raya korang dah siap ke?, baju warna apa tahun ni? huhu..
Aku punya baju raya tahun ni?, entah..Aku pun tak tahu baju warna apa aku nak beli, tapi setiap tahun aku pakai baju yang lama je. jarang la aku nak beli baju raya berhelai-helai ni, lagi pun kejap je pakai kan?. Buat ape nak membazir.


Ok lah, aku pun dah letih otak nak ingat yang semalam, nanti kalau ada cerita yang best lagi malam ni, aku story-story kat korang. SELAMAT BERPUASA SEMUA!.



Episode 13: Kau Menjelma


Orang memalam buta dah tidur, aku sampai ke sahur duk terjaga lagi. Kenapalah susah sangat aku nak tidur aku pun tak tahu lah. Apa yang aku buat kalau tak boleh tido, ni haaa, lagu K-PoP jugak yang jadi mangsa aku dengar pepagi buta.


Apa lagi nak buat kan?, nak layan lagu jiwang pepagi buta boring pulak rasa nya. Lagu raya?, haha! awal lagi nak melayan lagu raya. Selagi Radio Era atau Hot fm tak mainkan lagu raya, selagi tuh la aku tak dengar lagu raya.


Setiap kali aku bangun pagi, dia yang menjelma dalam kepala otak aku. Aih!, teruk sangat la aku ni. Kadang-kadang aku tak nak pun pikir pasal dia, dan setiap kali aku cuba hilang tentang perasaan tuh, aku terima mesej daripada si dia. Haisshhh!. Aku sendiri tak paham hati pompuan sebenarnya, naluri wanita sangat kuat walaupun jauh kan?. Hahaha!, aku tak tahu semua ni, kena la tanya perempuan. Macam mana?.



Tuesday, July 31, 2012

Episode 11: Kenapa Dengan Aku ni?


Hurm, betul ke apa aku buat ni?,kenapa aku asyik terbayang dia je?, aku tahu dia sangat-sangatlah jauh dari aku, tapi kenapa aku masih berpegang dengan janji tuh sampai ke hari ini.?. hurm..


Kadang-kadang aku ingin jugak jadi macam orang lain, tapi nak buat macam mana kan, hajat tak kesampaian. Aku hanya menunggu hari untuk bertemu dengannya suatu hari nanti. Selama aku kenal dia, aku tak terasa nak kenal mana-mana wanita dalam hidup ni. Walaupun perbezaan agama, tak menjadi penghalang aku dan dia untuk bersama kan?.


Yang pasti, hari itu akan tiba nanti. Cuma perlu bersabar menanti saat itu untuk bertemu dengannya. Aku tak pasti yang aku dapat bahagiakan dia kelak, yang pasti aku akan mencuba untuk hari esok yang lebih baik.



Monday, July 30, 2012

Episode 10: Ketenangan

Sebenarnya, tak ada apa sangat pun aku nak cerita untuk hari ini, tapi aku tak boleh nak tidur malam. Jadi aku buat la benda-benda yang boleh bagi aku tak boring, aku check balik fail gambar yang lama. 


Apa lagi, aku edit semula lah gambar yang pernah aku tangkap masa bersama mereka, sorry sebab aku guna camera telefon je. Masih tak mampu nak pakai camera mahal-mahal tuh, tapi insyaallah kalau ada rezeki. Camera tu takkan kemana, yang penting kena pasang impian kalau ingin memiliki sesuatu kan. 







Oklah, selamat berpuasa semua. Rasa macam kejap je masa berjalan kan?, rasa raya macam nak tiba lagi beberapa minggu je lagi. Harap ramadhan untuk kita hari ni bukan ramadhan yang terakhir untuk semua dan biarlah ia bermakna untuk tahun ini.

Sunday, July 29, 2012

Episode 9: Berhenti Merokok



Assalammualaikum bloggers, sorry 2 hari tak update blog. Letih sangat-sangat, rasa badan nak demam atau sebaliknya, tapi yang pasti aku masih mampu berpuasa. Tadi dalam pukul 4petang macam tu, hidung aku betul-betul gatal. Malkum la, aku ada resdung, dan memang tak larat la asyik bersin je dari tadi.

Tapi masa aku bersin, aku tak perasan pulak ada darah, banyak kali jugak la aku bersin dalam seminit. Pernah sekali, bersin sampai nak pengsan. Asyik bersin tak berhenti-henti, mahu tak parah penafasan aku ni.huhuhu...



Semalam masa aku dapat mesej dari member aku yang rumah dia kena pecah, tu lagi satu masalah. Aku pulak kat kulim masa tuh, bukan kat bandar baharu. Susah jugak aku nak pegi, then hari ni baru aku pergi sebab parent aku nak balik sini. Aku dapat tahu yang pecah rumah dia kawan dia sendiri, hurmm..biasa la, kawan makan kawan, tapi awal-awal lagi dah tahu dah dia ni kaki rembat. Inysaallah, tengah tunggu jalan selanjutnya nak perangkap dia. Ramai orang target, tunggu masa je.



Mesti korang ingat tajuk ngan cerita yang aku nak cerita ni tak masuk kan? Hahaha!. Takde la..Aku rasa macam dah tiba aku berhenti merokok kot. Entah la, tetiba rasa nak berhenti merokok. Nie pun masa isap rokok lagi ni, tadi member pelawa pun aku buat-buat senyum la. Malas nak ambik. Boleh pulak aku tolak bulat-bulat. Hahahaha!.



Harap-harap aku boleh berhenti bulan ni dan selamanya, untuk kebaikkan generasi anak aku..hohoho! jangan gelak!.

Friday, July 27, 2012

Episode 8: Jangan Salahkan Mata Rabun


Bulan-bulan puasa ni, ni je la yang mampu dibuatnya. Apa lagi nak buat, nak keluar lepak dengan member panas pulak. Baik duk rumah rehat je sebelum start keje bulan depan. Makin dilayan movie feat novel ni makin bertambah rabun la jawabnye.


Ni spek baru untuk tahu ni, dulu spek lama, dah 2 tahun tak tukar. Power pun dah bertambah sikit dah. Hurm, makin teruk rabun aku sekarang. Kalau tak Pakai Spek, Mesti migraine kepala aku ni, siap mata aku sekali kene effect dia. Nak buat macam mana, terima je la dah jadi macam ni. Ubat jangan ditanya, sampai tak larat nak makan ubat. Sejak kecil sampai sekarng hidup dengan ubat je, tak guna jugak. Nak tengok dulu aku pakai spek mana?.


haaaaa, macam ni la dulu. Zaman muda-muda la katakan.hahha.. Sekarang dah tua sikit dah. Sikit je ok. Sekarang dah tak simpan janggut-janggut tuh semua. Malas la pulak rasanya lepas keje restaurant tuh. Rasa nak bersih ja muka ni. Macam yang ni..


Haaa..ni imej lepas keja restaurant, dah tak macam dulu dah. Tapi bila jumpa member-member, diorang kata aku dah makin kurus sedangkan aku tiap-tiap hari makan. Tak tahu nak kata apa, dah badan aku macam ni je kot. Dah tak boleh nak naik lagi dah. ehek!.




Thursday, July 26, 2012

Episode 7: Mengisi Masa Yang Ada


Ni namanya buang masa, maaf. Aku guna camera webcam yang kabur ni. buang masa seketika sebelum bergerak ke kulim malam jap lagi. Berpuasa kat rumah satu lagi di taman lagenda padang serai. Tahu ke?. huhuhu..



Apa yang kita selalu impikan tak selalunya jadi kenyataan, aku impikan dapat jadi macam joker ni. Kejam tapi bijak mengatur langkah. Hahahaha! Jadi villain lagi bagus dari jadi orang baik. kehkehkeh..



Tak habis ngan buku ni, aku layan cerita Secret Garden dari subuh tadi. Nampak mula macam tak best, tapi bila aku layan lagi. Kelakar la pulak. Sampai sekarang aku layan. Banyak lagi episode. Memang best gila lah situasi diorang ni. Tak caya?, try tengok cite ni.


Apa lagi yang nak di buat kat rumah ni, aku rasa musim ni musim yang sangat panas. Adakah musim kemarau?, bahang panas dia lain macam sikit bulan ni. Korang tak rase ke?, ermm..memang la, duduk dalam air-con, mana nak rase ye tak? hahaha. Apa-apa pun, selamat berpuasa yer.. :)