Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Tuesday, December 4, 2012
Mungkin Dah Terlambat Bagi Aku
2:51 AM
Tentang Aku
Aku sebenarnya dah buntu apa yang nak dibuat lagi, hanya mampu berdoa saja. Aku tak kata yang aku ni pasrah, aku redha dengan apa yang terjadi. Mungkin bukan masa yang tepat untuk semua ni, mungkin masa akan datang nanti sesuatu akan berlaku, siapa yang tahu kan.
Setiap kali aku cuba untuk lupakan dia, setiap kali juga la dia datang dalam mimpi. Hanya dia diingatan aku sekarang ni, sebab dia lebih memahami dari gadis-gadis yang aku pernah kenal selama ni. Walaupun dia bakal jadi milik orang, kami tetap tak terputus hubungan kerana janji selama ini yang dipegang bersama.
Memang tipulah kalau orang kata tak sakit hati apabila hubungan yang kian lama dijaga ditimpa dugaan yang seperti ini, dia pula, hidup dengan lakonan untuk menyenangkan hati orang lain. Itu lagi menyakitkan hati. Mungkin aku juga yang salah kerana mengambil masa yang lama untuk bertindak dan sekarang aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa.
Aku hanya mampu melihat dari jauh, tapi aku tahu setiap perasaan yang kami miliki bersama adalah nyata walaupun keadaan cuba memisahkan aku dan dia, aku redha sebab aku masih lagi mampu berhubung daripada hilang segala-galanya. Apa yang berlaku selepas ni, aku akan sentiasa menyayangi dia.
Monday, September 24, 2012
Episode 28: Ribuan terima kasih.
7:15 AM
Tentang Aku
Lama jugak aku tak update entry baru kan?, al-maklum la, keje je memanjang, rehat cuma sehari je yang aku ada. Kebelakangan ni aku asyik demam je sampai ke hari ni. Aku pun tak tahu ape yang jadi kat aku, orang tua aku cakap. Aku kurang minum air masak, tu pasal badan aku lemah semacam je. Betul ke?.
Aku sebenarnya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger yang sudi membaca atau datang ke website ni. Terima kasih juga kepada yang sudi follow dan Like SYAZARY SUKOR, tanpa anda siapalah saya hari ini. Maaf kalau entry aku kadang-kadang ada yang menyinggung perasaan orang yang membaca, aku mintak maaf sangat-sangat. Setiap orang tak kan lari dari kesilapan, tetapi kesilapan tu yang mengajar kita selama ni.
Aku pun dah tak pandai bermadah-madah ataupun nak luah perasaan macam dulu sebab aku tak jumpa perasaan yang pernah aku rasa dulu, mungkin belum tiba masanya lagi?, siapa tahu kan?. Doakan aku dapat hasilkan entry yang seterusnya. Terima kasih kerana sudi datang ke blog SYAZARY SUKOR.
Thursday, July 19, 2012
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
7:56 AM
Tentang Aku, Ucapan Ramadhan
Ery disini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua agama islam yang BERBLOGGING disini. Nampaknya RAMADHAN datang kembali. Siap Sedia berperang dengan nafsu sendiri.
Jangan Lupa Niat Pulak taw. hahaha!..
Monday, May 21, 2012
#2 Cuti Yang Memboringkan
4:42 AM
Tentang Aku
Serius aku boring cuti hari ni. Ingat dapat relax puas-puas 1 hari ni. tapi yang aku dapat, tekanan feat sakit kepala pulak duduk rumah. Almaklum la, internet takde kat umah sebenarnya. hehehe. Broadband tak bayar lagi, hahaha. Gaji belum dapat la, hujung bulan ni baru dapat gaji feat terus bayar. Tak boleh tahan tanpa internet, nak berblogging pun susah sekarang ni. Lama jugak la aku tinggal dunia berblogging ni. Maaf yeah kawan, lama tak menyemak blog korang sebab takde masa lansung nak blog walking blog korang. Sehari aku cuti ni, aku tak tau nak lepak dengan sapa?. Aku duduk rumah je sampai petang, ni pun baru keluar sebab terasa nak berblogging sekejap. Aku tak nak blog aku jadi habuk feat bersawang, aku kena jugak tulis entry ni.hehehe. Janji ada jugak sesuatu yang aku hantar untuk bulan ni kan?. Sapa-sapa yang belum sempat aku blogwalking lagi tuh. Akan ku berwalking kat blog korang nanti. Jangan risau yerp!, Janji mesti ditepati!. Ok la geng, sampai disini je cerita aku, kalau ada cerita yang best aku nak cita time kerja, nanti aku cerita. Setakat ni, kat tempat kerja aku penuh dengan tekanan je. Insyaallah, ada masa lagi nanti. Aku akan berblogging lagi. Wasalam..
Tuesday, May 1, 2012
Naik pangkat?!
7:36 AM
Tentang Aku
aku sendiri tak percaya dalam masa seminggu je aku boleh naik pangkat?. Macam mimpi je, sebab bos tumpu kat aku sorang je, tak paham aku. Aku masih baru lagi, kalau dah lama tuh aku tak kisah la kan. Ni tak sampai seminggu dah naik pangkat Supervisor?. Korang mestri terkejut kan?, mane penah berlaku dalam hidup korang kan?. Aku cerita kat member aku, semua terkejut macam aku ni bohong diowang. Hahaha!, tapi ni memang hakikat. Serius aku masih tak percaya, macam mimpi.
Hari ni baru aku dapat update sebab sibuk sangat dengan kerja. Balik parit buntar pun sehari je. Tak sempat nak jumpa ramai kawan lagi, sempat jumpa 5, 6 orang je semalam. Sepatutnya hari ni aku offday, tapi bos nak jugak aku datang. Banyak benda yang dia nak cakap, jadi aku terpaksa datang jugak. Dah semua bergantung kat aku sorang je. Susah jugak kalau dapat kepercayaan orang ni kan?. Macam rasa terbudi pulak, tapi letih la aku nak mengarah orang ni. Aku mana pandai nak mengarah orang sangat. Muka aku ni tak layak nak jadi leader kot. Hahaha. Ok la, kalau ade cerita lagi lepas ni. Aku akan cerita kat korang.
Assalamualaikum semua.
Hari ni baru aku dapat update sebab sibuk sangat dengan kerja. Balik parit buntar pun sehari je. Tak sempat nak jumpa ramai kawan lagi, sempat jumpa 5, 6 orang je semalam. Sepatutnya hari ni aku offday, tapi bos nak jugak aku datang. Banyak benda yang dia nak cakap, jadi aku terpaksa datang jugak. Dah semua bergantung kat aku sorang je. Susah jugak kalau dapat kepercayaan orang ni kan?. Macam rasa terbudi pulak, tapi letih la aku nak mengarah orang ni. Aku mana pandai nak mengarah orang sangat. Muka aku ni tak layak nak jadi leader kot. Hahaha. Ok la, kalau ade cerita lagi lepas ni. Aku akan cerita kat korang.
Assalamualaikum semua.
Thursday, April 19, 2012
Balas Dendam?
8:26 AM
Tentang Aku
Apa faedah nak balas dendam ni?. Kalau dah betul-betul rasa sakit hati, luahkan je. Tak payah nak balas dendam sangat la kan. Aku tak kisah la kalau kau nak marah atau maki hamun sekali pun, aku terima seadanya. Letak semua kesalahan tuh kat aku, kalau kau rasa kau satu pun tak pernah salah kat aku. Benda remeh kau jadi kan besar, kecik hati tak tentu pasal. Kau kenape ni?, ape plot cerita kau sebenarnye?, ataupun kau dah rimas dengan semua ni.
Semua keputusan kat tangan kau, aku tak kisah la apa pun keputusan yang kau ambil. Aku dah malas nak pikir benda ni semua. Aku mintak kau cuba lah jadi matang sikit!, pikir positif boleh tak?. Bukannya merosakkan diri dengan perasaan yang belum tentu betul. Kalau kau rasa aku salah, kau tegur. Sebab aku dengan cara aku dan aku tak pernah berubah untuk jadi sape - sape untuk orang lain. Kau menilai aku hanya pada gambar dan bukannya realiti.
Monday, April 16, 2012
Makan Hati?
11:00 AM
Tentang Aku
Kadang-kadang tuh Ery tak paham ngan pompuan ni sebenarnya. Merajuk and makan hati tak kena tempat. Di sebabkan status FB yang melalut entah tang mana tah. Bleh pulak touching mouching ngan Ery. Salah Ery ka?. Setakat ayat macam tuh, takda kena mengena antara hidup atau yang pengsan pon. Ayat biasa - biasa ja pon. Tak payah la nak emo sangat. Kalau tak suka cara Ery, cakap ja terus terang, bukan Ery nak marah pon. Dah memang cara Ery macam tuh, nak buat macam mana. Suka antar status pelik - pelik. Suka - suka ja pon. yang pegi makan hati ngan ayat tu pasai pa tah.
Kalau tak bleh nak melawak, baik dok dalam hutan sembang ngan orang utan or harimau lagi bagus kalau tak pandai nak melawak. Umor dah matang, tapi perangai masih tak matang, pa cita tuh?. Pikir positif la, jahat - jahat Ery pon. Ery tau la hormat pompuan. Ayat cintan - cintun feat pasrah - pasrah tuh, biasa ja la, bukan tuju kat ang pon. Tu nak kenangkan kisah silam Ery ja, bukan untuk orang lain. Tapi kalau ada kena mengena ngan diri ang, cakap la. Ni tak, pendam dalam hati. Pastu bleh pulak cita blakang, agak - agak la kan. Kalau tak puas hati, baik cakap depan - depan. Senang cita.
Entah la. Ery pon tak tau, ingatkan Ery dah paham pompuan suda, tapi banyak lagi yang Ery perlu tau pasai pompuan ni. Tak kan setiap masa Ery nak jaga hati depa ja? Hati Ery sapa nak jaga plak?. Pikir - pikir la sama, kita dah besar. Dah boleh pikir jauh, tak kan pasal benda remeh temeh tuh pun nak jadi isu?. Kalau nak jadi isu sangat, masuk MELODI tuh, senang cita. Cepat sikit naik populariti ang tuh. Dari dok touching mouching ngan Ery boleh. Pikir masak - masak ok.
Friday, April 13, 2012
Buang Tebiat Mancing Tengah Malam.
6:51 PM
Tentang Aku
Pasal mancing ni, kami tak rancang lansung, tetiba je buat rancangan nak pegi mancing. Ery pun ikut la, dah boring tak tau nak buat apa sangat kat umah kan. Ikan yang kami dapat tuh, bukan kami makan pon, kami buat jual. Depa cakap yang depa nak jual ikan tuh then terus pegi mandi air terjun kat TAIPING. Nak tengok ikan yang kami pancing?. Sikit je ni, tapi boleh la rasanya kalau nak jual.
Mula - mula Ery ingat, Ery tak nak jual ikan ni. Kalau buat makan pon ok jugak ni, buat ikan bakar dengan air asam or sambal belacan. PERGHHH! sedap tuh, masak time berkelah kat TAIPING.
Sedap je bila terbayangkan benda makan ni. Dah la besar plak tuh. Takpe la, nanti mancing lain.
Hampa penah tengok ikan keli isap rokok?. Hahaha!.
Nasib baik ada puting rokok je, kalau ada sebatang rokok. Baru nampak cam ikan gangster plak. ahak!
Subscribe to:
Posts (Atom)