This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Dugaan Dan Kesabaran



Assalamualaikum semua,

Mungkin dah lama aku tak update kat blog ni, mungkin juga sebab aku dah tak ada apa yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku sendiri tak tahu apa dah jadi dengan aku sekarang ni, tapi alhamdulillah hari ni aku terniat nak update sesuatu yang aku rasa aku dah tenang dengan apa yang berlaku dengan aku sebelum ni. Dugaan yang datang antara aku dan dia terlerai dengan keputusan yang agak mengejutkan jugak.

Aku sendiri masih tak percaya semua ni berlaku kepada aku,dan berakhir macam ni. Jangan salah sangka, aku bukan nak cakap yang hubungan aku tamat macam tu, aku bersyukur kerana aku masih boleh bersama dan menyambung hubungan yang hampir retak tu. Berkat kesabaran dari dugaan yang besar dilalui bersama, dan keputusan dia akhirnya berpihak kepada aku kembali. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku masih ada peluang bersama dia lagi.

Kemarahan yang membabi buta kadang-kadang membawa kepada situasi yang drastik, sebab tu aku tak suka marah dan aku tak nak marah. Disebabkan kemarahan tu jugak la, lelaki yang bakal dia kahwin tu tamat. Perempuan hanya perlukan kepercayaan dan bukan kongkongan, aku nak saja memaki hamun si lelaki tu, sebab tak memahami dia. Kalau itu jodoh dia dengan lelaki tu, sepatutnya lelaki tu harus memahami dia, bukan dia saja yang harus memahami lelaki tu.

Aku dapat tahu yang dia dah putuskan hubungan dengan lelaki tu setelah dia balik dari rumah mak cik dan pak cik dia di Negeri Sembilan menyambut perayaan hari Christmas. Aku tak sangka dia masih ada keberanian tu.

Semuanya berakhir apabila si lelaki tu memaki hamun si dia mengatakan yang dia curang, pasang skandal disana dan bermacam-macam lagi hinaan yang diberi. Boleh ke si dia terima?, boleh ke kita terima kalau jadi macam tu?. Sedangkan dia meraikan bersama saudara mara dia saja?. Aku ingat dia bersedih dengan keputusan tu, tapi sangkaan aku silap. Dia tenang bila itu berakhir, aku harapkan sesuatu yang baik hari mendatang nanti.




Saturday, November 17, 2012

Jodoh Tak Kemana Kan?


Saya tak tahu adakah kita boleh bersatu atau pun tidak,saya tak tahu yang awak jodoh saya atau sebaliknya, yang pasti tentang perasaan ini, saya terlalu sayangkan awak. Mungkin ini yang tertulis antara kita, kasih sayang yang kita semai selama ini di duga dengan dugaan yang sangat berat. Janganlah awak bersedih, walau apa sekali pun yang berlaku, saya tak akan pernah lupakan awak. Awak tetap wanita yang teristimewa yang pernah saya kenal selama ini, awak membuatkan cinta itu terlalu indah untuk dikenang. 

Pertemuan buat kali pertama bersamamu adalah sesuatu yang sangat indah pernah saya alami selama ini, cinta jarak jauh mungkin sesuatu yang saya tidak pernah terfikir untuk berusaha untuk kecapi, tapi awak merubah segalanya. Saya sanggup untuk ke sana untuk bertemu dengan awak, entah kenapa hati ini mahu sangat bertemu denganmu dan alhamdulillah, impian dan janji ku tercapai.

Setelah lama awak mendiam diri dan baru ku tahu yang awak terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga dan awak masih buntu dengan pilihan yang dibuat. Usah sedih apa yang terjadi, terima dia seadanya. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak. Mencintai tidak semestinya memiliki kan?. Simpan perasaan cinta agung untuk selamanya, mungkin bukan masa untuk kita bersatu, mungkin juga untuk anak-anak kita bersatu suatu hari kelak, siapa yang tahu kan?.

Awak pernah cakap, jika awak janda, adakah saya terima awak lagi. Jawapan saya pada awak adalah tetap akan terima, cinta untuk selamanya dalam hati saya. Hanya awak yang bertakhta dalam hati saya untuk sekian lamanya, tiada yang lain dalam hati saya. Impian terakhir saya adalah untuk bersamamu hingga ke akhir hayat jika itu jodoh kita.


Sunday, October 28, 2012

Awak Perlu Tahu


Mungkin awak cuba untuk mendiamkan diri agar saya berputus asa pada awak, dan akan meninggalkan awak. Maaf kalau saya bukan lelaki begitu, dan maaf kalau saya tak boleh jadi macam lelaki lain apabila awak mendiamkan diri agar saya lupakan awak. Hati dan perasaan saya hanya setia pada yang satu selama ini, mungkin awak dah banyak kenal lelaki yang selalu kecewakan awak, tapi bukan saya. Saya akan cuba selagi mampu, saya tidak akan ucapkan selamat tinggal selagi saya ingin mencuba apa yang termampu untuk hubungan ini.

Awak kata pada saya yang ajal, maut, jodoh semua di tangan Tuhan, tapi bagi saya tu kata-kata orang yang telah berputus asa. Jadikan takdir sebagai alasan bila tak dapat apa yang mereka mahukan. Inikah yang dikatakan sayang hingga ke akhir hayat?, inikah perasaan sayang antara 2 insan?. Saya betul - betul tak faham erti sayang itu sekarang.

Walaupun hubungan saya dan awak semakin retak dan mungkin perpisahan berlaku antara kita, awak perlu tahu yang saya akan sentiasa mengingati awak dan akan selalu menyayangi awak seperti dulu walaupun masa akan datang awak mungkin telah melupakan saya. 

Selama ini saya tak pernah kenal wanita yang begitu baik dan teristimewa seperti awak hingga ke hari ini. Awak adalah wanita pertama yang pernah membuatkan saya mengalirkan air mata kerana awak. Awak perlu tahu tu, yang awak terlalu penting dalam hidup saya.

Saturday, October 20, 2012

Saya Perlukan Awak


Saya nak awak tahu yang saya terlalu sayangkan awak walau apa sekali pun yang berlaku antara kita, kalau awak bahagia, saya akan bahagia. Bagi saya, melepaskan awak adalah beban dalam hidup saya. Memang betul kita berlainan agama, tapi tu tak pernah menghalang untuk kita bersama.

Saya tahu keluarga awak takut kehilangan awak jika awak bersama saya, tapi saya takkan ambil hak itu. Awak masih boleh lakukan tanggungjawab awak untuk keluarga awak, tapi biarlah kali ini tanggungjawab itu dilakukan berdua dan bukan berseorangan. Awak perlu yakin dengan semua ini, kalau awak dah mula putus asa apa yang kita perjuangkan, semua ni jadi sia - sia selama kita bersama. Saya cuba berubah yang lebih baik untuk awak. Awak adalah perkara yang terindah yang pernah saya alami selama ini. Saya nak awak tahu yang saya sangat perlukan awak untuk jalani semua ini.

Semakin awak bersedih, semakin sakit hati ini menahan kesakitan itu. Pernahkah awak ingat kembali?, kita pernah bertengkar tetapi disitu kita saling mengenali diri kita yang sebenar. Kita pernah menyakiti dan disakiti, tetapi disitu jugalah cinta kita bersemi. Tapi sekarang awak cuba menghindari dari perasaan awak sendiri, ia membuatkan saya terlalu merindui awak.

Saya tahu awak pun mempunyai perasaan seperti itu, tapi awak memberontak kerana hati awak berbelah bagi antara saya dan keluarga awak. saya faham semua tu, tapi kita masih ada masa untuk merubah semua tu. Saya perlukan semangat awak untuk kita lalui bersama dugaan yang diberi kepada kita. Jangan mudah mengalah, setiap percintaan adalah peperangan dan mungkin kadang - kadang kita perlu berkorban untuk cinta ini, tapi jangan mudah mengalah. Ini adalah permulaan cinta untuk kita.

Sekali lagi saya cakap, saya perlukan awak sangat - sangat sekarang, jangan pergi dari saya bila saya dah terlalu sayangkan awak. Harap semua ni akan lebih baik pada hari esok. Saya harap awak tabah menghadapi, sekarang awak bukan awak yang dulu dan bukan awak yang saya kenal dulu. Awak dah banyak berubah kerana hati awak memberontak. Saya rindukan Amy Liana saya yang dulu. Tolonglah jangan pergi dari hidup saya.


Saturday, October 6, 2012

Jangan Berjanji Kalau Tak Boleh Tepati


Kalau tak boleh tepati, baik jangan berjanji. Menyakitkan hati orang yang memegang janji, kalau sekali aku tak kisah, tapi ni banyak kali. Mungkin kau tengok macam perkara biasa bagi kau, tapi bagi aku yang selalu memegang janji, ia amat menyakitkan hati aku. Luka yang terguris kecil kini menjadi besar atas janji - janij yang kau selalu mungkiri, aku bukannya boneka yang boleh kau main dan buang sesuka hati kau. Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Harap kau mengerti apa yang ingin aku katakan, aku harap kau dapat berubah selepas ini. Aku tak mahu dari kekecewaan ini membuatkan aku rasa membenci kat kau. Aku memegang janji sebab aku nak jaga hati kau, tapi kau?. 

Tuesday, July 31, 2012

Episode 12: Untuk Selamanya


Apa yang boleh aku buat kat rumah kan?, tinggal lagi 3 hari lagi untuk aku start keja. Dah tak sabar aku dari duk dalam rumah. Boring jugak kalau duit tak masyuk. Huhuhu.. Kadang-kadang guitar jugak la jadi tempat aku melayan perasaan orang yang jauh. Kehkehkeh. Lagu ni yang aku selalu main. Dengar mesti tangkap cintan punya la.

Cermin Band - Untuk Selamanya


Lagu ni la yang aku layan masa aku dah tak tau sangat nak buat apa..huhuhu..Harap korang terhibur dengan lagu ni.


Bila di fikirkan balik, aku ni macam gila pun ada. Menanti yang tak pasti kan?, boleh ke macam tuh?, betul ke aku buat ni hingga ke hari ini?. Hurm, kadang-kadang jadi tanda tanya yang aku sendiri tak terjawab.


Kadang bila di fikirkan, jarang jauh pun ok jugak kan?, aku terlepas dari godaan dan yang akan mengundang ke arah yang maksiat. Aku sendiri pernah cakap kat dia macam dan dia sangat memahami apa yang aku cakap. Aku taknak apa-apa yang tak elok jadi ke atas dia, biarlah sampai ke jinjang pelamin jika direstui.


Episode 11: Kenapa Dengan Aku ni?


Hurm, betul ke apa aku buat ni?,kenapa aku asyik terbayang dia je?, aku tahu dia sangat-sangatlah jauh dari aku, tapi kenapa aku masih berpegang dengan janji tuh sampai ke hari ini.?. hurm..


Kadang-kadang aku ingin jugak jadi macam orang lain, tapi nak buat macam mana kan, hajat tak kesampaian. Aku hanya menunggu hari untuk bertemu dengannya suatu hari nanti. Selama aku kenal dia, aku tak terasa nak kenal mana-mana wanita dalam hidup ni. Walaupun perbezaan agama, tak menjadi penghalang aku dan dia untuk bersama kan?.


Yang pasti, hari itu akan tiba nanti. Cuma perlu bersabar menanti saat itu untuk bertemu dengannya. Aku tak pasti yang aku dapat bahagiakan dia kelak, yang pasti aku akan mencuba untuk hari esok yang lebih baik.



Monday, July 30, 2012

Perasaan Ini


Apakah perasaan yang aku rasa ni?, aku seperti sesat dalam menuju di dalam lubuk hatimu itu. Aku mencuba untuk kembali kepada jalan yang indah untuk bersamamu walaupun aku selalu sesat dalam dirimu. Aku harap kau izinkan aku untuk bersamamu, dan izinkan aku melepaskan penatku disisimu setelah sekian lama mencari cinta yang sesat dalam diri sendiri.

Aku mula terfikir setiap kali aku berseorangan dalam dunia aku sendiri, dapatkah selamanya kita akan bersama?, menyatukan perasaan antara kau dan aku, semoga ia menjadi cinta yang kekal abadi?.

Kadang-kadang ia membuatkan aku sendiri takut akan kehilangan dirimu bagaikan hilangnya cahaya yang selalu menyinari hati ni dan tak terpadam didera godaan dan masa yang selama ini menyelubungiku.

Aku tak yakin aku akan dapat membahagiakamu seperti sebuah drama, tapi aku akan cuba untuk membahagiakan masa depan untuk kamu untuk selamanya kekal bersama.

Thursday, July 19, 2012

Selamat tinggal kenangan


Masa lalu telah pun pergi dan ia tidak lagi akan kembali seperti dulu. Tidak perlu lagi engkau selali apa yang telah terjadi kerana semua itu telah mati di hati ini. Kenangan lalu kini mati untuk selamanya dan tak perlu lagi engkau menangis atas apa yang telah sudah terjadi, mungkin takdir menemukan kita hanya buat sementara atau pun kita sememangnya tidak serasi lagi seperti masa lalu yang banyak membawa kenangan manis bersama hinggakan kita terlupa pahitnya itu.


Biarkan saja masa lalu itu pergi dan jangan pedulikan lagi apa yang sudah pergi. Luka masa lalu mungkin tak terubati oleh hati sang pencinta, biarlah jalan tuhan yang menjadi saksi sekian alam. Cinta manusia hanya sementara, tapi cinta illahi kekal abadi.

Monday, July 16, 2012

Rindu Seorang Sahabat


Di sebalik wajah - wajah teman yang selalu menemani hari ku, terpahat rindu yang mendalam antara mereka. Walaupun jauh di mata, tetapi di sebalik senyuman mereka ada makna pengharapan yang aku, dia, dan mereka akan bertemu suatu hari nanti.

Namun aku masih mampu lagi tersenyum walaupun mereka tidak lagi seperti dulu, kerana aku masih ada mereka di dalam hati ini seperti saudara aku sendiri yang telah banyak mengisi hari-hari suka mahupun duka bersamaku.

Waktu demi waktu terus berlalu, tapi hatiku tetap sama seperti dulu. Aku tidak pernah melupakan mereka walaupun aku dan mereka tidak seperti dulu. Rindu ini yang selalu menyatukan kembali hubungan aku dan mereka hingga ke saat ini.

Aku mohon padaMu ya Allah, jangan hilangkan perasaan ini bersama mereka. Aku terlalu sayangkan hubungan ini bersama mereka, biarlah semua ini sampai ke akhir hayat. Amin.


Ditujukan Kepada:
Blogger Siblings Yang Mengenaliku.  

Friday, July 6, 2012

Aku Tetap Mencintaimu



Aku tetap akan mencintaimu walaupun kau tidak lagi mencintai aku seperti mana aku mencintai dirimu setulus hati dan aku akan tetap merindukan dirimu walaupun kau tidak pernah merasa sedikit pun untuk merindukan diri ini.  


Cintaku ini bukan milik wanita biasa, tetapi untuk wanita yang aku cintai dan teristimewa iaitu kamu. 


Aku akan tetap memaafkan dirimu walaupun kau selalu menyakiti hati ini. Aku akan terima seribu kata kemaafan darimu yang selalu kau ucapkan dari bibirmu yang manis 


 Aku tetap akan mencintaimu setulus hati ini...

Tuesday, June 26, 2012

Cinta Hatiku Bukan Untuk Dipermainkan!

Adakah aku layak untuk terima semua ini?. Aku tahu kejujuran tuh baik bagi diri kita berdua, tapi kejujuran yang kau bersama yang lain sedangkan kau masih lagi bersama aku?. Adakah itu kejujuran yang sepatutnya aku dengar selama ini?, sia-sia saja aku percayakan kepercayaan yang kau berikan kepadaku selama ini!. Maaf, aku bukan lelaki yang mudah kau permainkan hati dan perasaan, tapi jika lelaki lain pun akan berfikiran sama seperti aku. 

Maaf kerana aku tak pandai curang seperti mana kau curang kepadaku kerana hati aku cuma ingin satu bila aku temui cinta sayang aku dan tiada yang kedua atau selebihnya dalam hidup aku, tapi tergamak kau permainkan dan persendakan hubungan yang kian dibina selama ini?

Maaf, jika aku bukan terbaik bagi kau. Aku rela lepaskan kau kepadanya, aku lebih rela kau bahagia bersamanya walaupun hati aku sakit semua ini terjadi. Yang penting adalah kebahagiaan kau dan bukan aku, aku hanya seperti barang kau saja, bila kau perlu, kau cari dan bila kau tidak memerlukannya lagi, kau buang seperti sampah!. 

Janji yang dulu kau taburkan masih lagi kugenggam erat agar ia kekal hingga ke jinjang pelamin bersamaku, tapi apa yang aku dapat dari janji kau?, adalah kesakitan!. Hati dan perasaanku hanya untuk yang benar-benar menyintai diri ini seadanya.

Tuesday, June 19, 2012

Sahabat Yang Ditinggalkan. Maafkanku!


Sahabat bergembira memang senang dicari, tapi sahabat suka, duka sangat susah dicari. Aku mempunyai sahabat yang sukar untuk di tukar ganti, tapi entah kenapa aku tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam dan menyepi ketika itu. Setiap panggilan ataupun mesej pesanan ringkas tidak ku jawab. Aku rasa diri ini sangat tertekan yang aku sendiri tak dapat nak dihuraikan satu per satu. Aku tahu aku sudah terlalu banyak buat dia sedih dan menangis disebabkan keegoan aku sendiri. 

Maafkan aku kerana aku bersikap mementingkan diri aku sendiri dan maafkan aku kerana aku tidak dapat menjawab semua persoalan yang bermain diminda kau selalu, kerana aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku terhadap aku. Aku sendiri tidak tahu perasaan apa yang aku rasa ketika itu hinggakan hubungan kita menjadi retak dan tidak lagi akrab seperti dahulu. 

Aku ingin kembali ke masa lalu yang aku dan kau selalu tersenyum dan ketawa bersama, tapi semua itu telah terlambat bagi aku. Mungkinkah aku mempunyai peluang yang kedua untuk kau?. Jika masih ada lagi peluang itu, aku ingin memulihkan kembali persahabatan yang kita bina selama 4 tahun yang telah dimusnahkan oleh perasaan aku sendiri. 

Maafkan aku sahabat!...

Monday, June 11, 2012

Maafkan Aku Mencintaimu



Maafkan aku kerana mencintaimu dan membuatkanmu jatuh cinta terhadapku. Aku tak mampu melawan perasaan yang datang secara tiba-tiba. Aku bukan meminta untuk dicintai dan kau juga begitu, tapi takdir menemukan kita walaupun berlainan agama antara kau dan aku. Aku tetap mencintaimu, jika ditakdirkan kita ke jinjang pelamin, akan ku jaga dirimu hingga hujung nyawa bersamamu. Aku tahu ini sesuatu yang tidak kita rancang, tapi pertemuan ini telah memberi erti apa itu kebahagiaan walaupun ia mungkin seketika atau sebaliknya. 

Aku inginkan kau menjadi milikku selamanya. Aku tahu betapa banyak dugaan yang harus kita tempuhi sebelum mencapai tahap kebahagiaan sebagai suami isteri. Bersabarlah wahai sang puteri yang selalu menyinari hidupku, akan ku sinari hidupmu dengan menyarungkan cincin di jarimu tidak lama lagi. 

Jika kita tidak ditakdirkan untuk bersama, aku doakan kau bahagia bersamanya, kerana kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku. Aku hanya ingin melihat engkau tersenyum dan ia sudah cukup membuatkan hati aku tenang apabila melihat dirimu bersama pasanganmu itu. Jangan sesekali kau menitiskan air mata atas apa yang akan berlaku kelak jika hubungan ini tidak seperti yang dirancang, kerana semua ini bukan kita yang tentukan. Kita cuma merancang, yang selebihnya Allah S.W.T yang menentukannya.

P/S:Sekadar perbualan minda.

Monday, April 23, 2012

Nota Buat Sahabat


Assalamualikum semua?,

Ery nak bagitau, yang lepas ni ery akan kurang berblogging atau pun update entry blog. Dah nak mula kerja, macam nie la kan, kena la fokus pada satu benda sementara ni, tapi insyaallah. Jikalau Ery ada masa lapang atau cerita untuk dikongsi, nanti Ery post. Mungkin lama kot Ery tak berblogging/blogwalking nie. Rasa rindu pulak nak tinggalkan blog ni macam ni je.

Kawan-kawan kat blog lagi la susah nak tinggalkan, hampa semua memang terbaiklah!. Bukan senang nak kenal kawan-kawan cam ni, kalau kat Facebook tuh, banyak yang main LIKE je keja, kalau nak sembang tuh memang susah la. Semua buat hal masing-masing. Kalau kat sini, boleh jugak Ery borak-borak. tak la boring sangat kan?.

Apa-apa pun, Ery bersyukur sangat dapat kenal hampa kat blog ni. Akhir kata, hampa terbaik yang Ery penah kenal!. Hope lepas ni, Ery akan kenal dengan lebih ramai rakan, kawan, ataupun sahabat kat dunia blogger ni.

Sekian. Terima kasih.



Syazary Sukor
23 April 2012

Wednesday, April 18, 2012

Kini Kau Tiada Lagi



Jika ku tahu kau dan aku hanya bertemu untuk seketika kalinya, akan ku meniti hari - hari indah itu bersamamu hingga saat itu tiba untuk memisahkan kita untuk selamanya. Apabila aku di temani hari - hari sepiku tanpa dirimu disisi ini, akan ku kenang kembali sejarah yang pernah terukir abadi di dalam hati ku ini. Aku sedar yang aku tidak mampu untuk melupakan dirimu yang telah menyentuh hatiku buat sekian kalinya, yang sekian lama menyepi dan kau menyinari hidupku di kala aku terdampar di dalam kegelapan lubuk sanubariku ini.

Kau kini tiada lagi bersamaku meniti hari - hari indah itu. Aku tidak tahu kemana kau menghilang setelah janji yang kau taburkan hanya tinggal sebuah janji, yang ku pegang erat bersamaku hingga ke hari ini. Aku ingin saja melupakan tentang dirimu itu, walaupun hati ini berat untuk memadamkan semua memori yang pernah kau berikan ketika kau bersamaku. 

Alangkah indahnya jika masa dapat berputar kembali seperti dulu. Aku ingin menikmati kebahagiaan itu buat sekali lagi dalam hidup ini.