Tuesday, June 19, 2012

Sahabat Yang Ditinggalkan. Maafkanku!


Sahabat bergembira memang senang dicari, tapi sahabat suka, duka sangat susah dicari. Aku mempunyai sahabat yang sukar untuk di tukar ganti, tapi entah kenapa aku tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam dan menyepi ketika itu. Setiap panggilan ataupun mesej pesanan ringkas tidak ku jawab. Aku rasa diri ini sangat tertekan yang aku sendiri tak dapat nak dihuraikan satu per satu. Aku tahu aku sudah terlalu banyak buat dia sedih dan menangis disebabkan keegoan aku sendiri. 

Maafkan aku kerana aku bersikap mementingkan diri aku sendiri dan maafkan aku kerana aku tidak dapat menjawab semua persoalan yang bermain diminda kau selalu, kerana aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku terhadap aku. Aku sendiri tidak tahu perasaan apa yang aku rasa ketika itu hinggakan hubungan kita menjadi retak dan tidak lagi akrab seperti dahulu. 

Aku ingin kembali ke masa lalu yang aku dan kau selalu tersenyum dan ketawa bersama, tapi semua itu telah terlambat bagi aku. Mungkinkah aku mempunyai peluang yang kedua untuk kau?. Jika masih ada lagi peluang itu, aku ingin memulihkan kembali persahabatan yang kita bina selama 4 tahun yang telah dimusnahkan oleh perasaan aku sendiri. 

Maafkan aku sahabat!...