Tuesday, April 17, 2012

Peringatan Penting Buat Remaja



  • Jangan lari dari rumah. Sekiranya anda lari, anda akan bergantung pada "belas ehsan" orang-orang di jalanan yang mendorong anda melibatkan diri dengan dadah, pornografi dan pelacuran. Mengadulah kepada kawan yang mengambil berat.
  • Sekiranya anda fikir anda tidak mempunyai kawan, carilah pusat bimbingan krisis dalam komuniti anda yang boleh membantu.
  • Berwaspadalah dengan pelawaan persahabatan daripada orang-orang yang tidak dikenali. Walaupun anda kesunyian dan tidak gembira, janganlah terpedaya dengan ajakan dan pujuk rayu orang-orang yang tidak dikenali.
  • Jangan menerima tawaran-tawaran pekerjaan yang memerlukan anda pergi ke kawasan-kawasan yang pelik dan terpencil.
  • Berhati-hati dengan tawaran-tawaran pekerjaan yang menawarkan bayaran yang terlalu lumayan.
  • Gunakan saluran-saluran yang sah, seperti pejabat-pejabat penempatan pelajar untuk mendapatkan kerja-kerja sambilan.
  • Jangan menerima tawaran-tawaran untuk mengambil gambar anda dan menjadikan anda terkenal. Laporkan tawaran sebegini kepada keluarga atau polis.
  • Jangan masuk ke dalam kereta orang yang tidak dikenali walau apapun alasannya.
  • Jangan menghampiri kereta terlalu dekat hingga memudahkan orang menyambar atau menarik masuk.
  • Jangan mengembara dengan menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali ("hitchhike").
  • Berjalan secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya dengan seorang kawan.
  • Jangan pergi ke kawasan-kawasan yang sunyi sepi pada malam hari.
  • Jangan menerima cabaran-cabaran untuk melakukan perkara-perkara yang bodoh seperti memasuki kawasan yang tidak baik seorang diri.
  • Beritahu ibubapa anda ke mana anda hendak pergi, dan maklumkan kepada mereka apabila anda hendak menukar arah tujuan.
  • Sekiranya seseorang cuba menggoda, membelai atau mengusap anda dengan cara yang anda tidak suka ... tinggalkan, kemudian beritahu yang anda tidak menyukainya.
  • Laporkan sebarang kejadian percubaan pencabulan.
  • Laporkan sekiranya ada seseorang yang tidak dikenali berlegar-legar di sekitar sekolah anda atau kawasan-kawasan permainan.
  • Belajar memberi gambaran yang jelas tentang seseorang kepada polis bagi membantu penangkapan.
  • Ingatlah, ia bukan kesalahan anda - oleh itu jangan takut untuk memberitahu sekiranya seseorang mengganggu anda.
  • Jangan berlengah-lengah seorang diri di kawasan-kawasan rekreasi yang tiada pengawal atau penyelia, tinggalkan tempat itu bersama kawan-kawan anda.
  • Jangan membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali dan jangan beritahu orang yang anda tinggal bersendirian.
  • Jangan menerima pelawaan-pelawaan arak, rokok atau dadah.