Haaaa.. apa lagi yang aku boleh buat kat rumah ni. bukak laptop dua-dua dan layan.haha!. Satu laptop tengok kpop, satu lagi online. Senang sikit.
Memang takda keje la aku nak buat sekarang ni, member ada call ajak pegi KL keje kat sana, tapi modal pun dah habis bayar broadband ni. Mana nak cekau duit, nak buat pinjaman FAMA?, dah tak nak susahkan diorang dah. Apa yang aku mahu, kene usaha dan beli sendiri. Sama la macam laptop aku ni, 7 tahun impikan nak beli laptop sendiri. Baru la dapat satu yang kecik ni. Yang besar tuh adik yang punya, kalau abang dia yang beli. Parah gaji bulan pertama.huhuhu..
Kadang-kadang orang tanya jugak" hang dok buat blog gila bagai ni, apa yang dapat?, buang masa ja, baik lepak ngan kami". Habis tu?, lepak tu tak buang masa la?, sama jugak kan?. Aku ada jugak hobi yang orang lain takda. Blogging bukan buang masa, mengisi masa lapang, ada jugak benda yang aku nak cerita and sharing is caring ngan orang. Ni ngan diorang ni, sembang pasal motor la, awek la, gaduh sana sini la. Naik boring aku dengar.
Macam mana pun, blogger ni tetap di hati aku. Aku suka blogger ni sebab aku dapat kenal ramai kawan yang tak penah aku kenal. Mana tau satu hari nanti boleh jumpa semua blogger, teringin jugak aku nak kenal blogger-blogger terhebat ni kan...