This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, July 31, 2012

Episode 12: Untuk Selamanya


Apa yang boleh aku buat kat rumah kan?, tinggal lagi 3 hari lagi untuk aku start keja. Dah tak sabar aku dari duk dalam rumah. Boring jugak kalau duit tak masyuk. Huhuhu.. Kadang-kadang guitar jugak la jadi tempat aku melayan perasaan orang yang jauh. Kehkehkeh. Lagu ni yang aku selalu main. Dengar mesti tangkap cintan punya la.

Cermin Band - Untuk Selamanya


Lagu ni la yang aku layan masa aku dah tak tau sangat nak buat apa..huhuhu..Harap korang terhibur dengan lagu ni.


Bila di fikirkan balik, aku ni macam gila pun ada. Menanti yang tak pasti kan?, boleh ke macam tuh?, betul ke aku buat ni hingga ke hari ini?. Hurm, kadang-kadang jadi tanda tanya yang aku sendiri tak terjawab.


Kadang bila di fikirkan, jarang jauh pun ok jugak kan?, aku terlepas dari godaan dan yang akan mengundang ke arah yang maksiat. Aku sendiri pernah cakap kat dia macam dan dia sangat memahami apa yang aku cakap. Aku taknak apa-apa yang tak elok jadi ke atas dia, biarlah sampai ke jinjang pelamin jika direstui.


Episode 11: Kenapa Dengan Aku ni?


Hurm, betul ke apa aku buat ni?,kenapa aku asyik terbayang dia je?, aku tahu dia sangat-sangatlah jauh dari aku, tapi kenapa aku masih berpegang dengan janji tuh sampai ke hari ini.?. hurm..


Kadang-kadang aku ingin jugak jadi macam orang lain, tapi nak buat macam mana kan, hajat tak kesampaian. Aku hanya menunggu hari untuk bertemu dengannya suatu hari nanti. Selama aku kenal dia, aku tak terasa nak kenal mana-mana wanita dalam hidup ni. Walaupun perbezaan agama, tak menjadi penghalang aku dan dia untuk bersama kan?.


Yang pasti, hari itu akan tiba nanti. Cuma perlu bersabar menanti saat itu untuk bertemu dengannya. Aku tak pasti yang aku dapat bahagiakan dia kelak, yang pasti aku akan mencuba untuk hari esok yang lebih baik.



Monday, July 30, 2012

Episode 10: Ketenangan

Sebenarnya, tak ada apa sangat pun aku nak cerita untuk hari ini, tapi aku tak boleh nak tidur malam. Jadi aku buat la benda-benda yang boleh bagi aku tak boring, aku check balik fail gambar yang lama. 


Apa lagi, aku edit semula lah gambar yang pernah aku tangkap masa bersama mereka, sorry sebab aku guna camera telefon je. Masih tak mampu nak pakai camera mahal-mahal tuh, tapi insyaallah kalau ada rezeki. Camera tu takkan kemana, yang penting kena pasang impian kalau ingin memiliki sesuatu kan. 







Oklah, selamat berpuasa semua. Rasa macam kejap je masa berjalan kan?, rasa raya macam nak tiba lagi beberapa minggu je lagi. Harap ramadhan untuk kita hari ni bukan ramadhan yang terakhir untuk semua dan biarlah ia bermakna untuk tahun ini.

Perasaan Ini


Apakah perasaan yang aku rasa ni?, aku seperti sesat dalam menuju di dalam lubuk hatimu itu. Aku mencuba untuk kembali kepada jalan yang indah untuk bersamamu walaupun aku selalu sesat dalam dirimu. Aku harap kau izinkan aku untuk bersamamu, dan izinkan aku melepaskan penatku disisimu setelah sekian lama mencari cinta yang sesat dalam diri sendiri.

Aku mula terfikir setiap kali aku berseorangan dalam dunia aku sendiri, dapatkah selamanya kita akan bersama?, menyatukan perasaan antara kau dan aku, semoga ia menjadi cinta yang kekal abadi?.

Kadang-kadang ia membuatkan aku sendiri takut akan kehilangan dirimu bagaikan hilangnya cahaya yang selalu menyinari hati ni dan tak terpadam didera godaan dan masa yang selama ini menyelubungiku.

Aku tak yakin aku akan dapat membahagiakamu seperti sebuah drama, tapi aku akan cuba untuk membahagiakan masa depan untuk kamu untuk selamanya kekal bersama.

Sunday, July 29, 2012

Episode 9: Berhenti Merokok



Assalammualaikum bloggers, sorry 2 hari tak update blog. Letih sangat-sangat, rasa badan nak demam atau sebaliknya, tapi yang pasti aku masih mampu berpuasa. Tadi dalam pukul 4petang macam tu, hidung aku betul-betul gatal. Malkum la, aku ada resdung, dan memang tak larat la asyik bersin je dari tadi.

Tapi masa aku bersin, aku tak perasan pulak ada darah, banyak kali jugak la aku bersin dalam seminit. Pernah sekali, bersin sampai nak pengsan. Asyik bersin tak berhenti-henti, mahu tak parah penafasan aku ni.huhuhu...



Semalam masa aku dapat mesej dari member aku yang rumah dia kena pecah, tu lagi satu masalah. Aku pulak kat kulim masa tuh, bukan kat bandar baharu. Susah jugak aku nak pegi, then hari ni baru aku pergi sebab parent aku nak balik sini. Aku dapat tahu yang pecah rumah dia kawan dia sendiri, hurmm..biasa la, kawan makan kawan, tapi awal-awal lagi dah tahu dah dia ni kaki rembat. Inysaallah, tengah tunggu jalan selanjutnya nak perangkap dia. Ramai orang target, tunggu masa je.



Mesti korang ingat tajuk ngan cerita yang aku nak cerita ni tak masuk kan? Hahaha!. Takde la..Aku rasa macam dah tiba aku berhenti merokok kot. Entah la, tetiba rasa nak berhenti merokok. Nie pun masa isap rokok lagi ni, tadi member pelawa pun aku buat-buat senyum la. Malas nak ambik. Boleh pulak aku tolak bulat-bulat. Hahahaha!.



Harap-harap aku boleh berhenti bulan ni dan selamanya, untuk kebaikkan generasi anak aku..hohoho! jangan gelak!.

Saturday, July 28, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2 Official Trailer





cerita yang di tunggu-tunggu semua termasuk aku. Epik akan bermula. Memang best gila la, aku menanti saat untuk filem ni!.

Lowongan Penerimaan CPNS Kemenkes 2012 ropeg-kemenkes.or.id

Ada lowongan penerimaan CPNS baru untu Kemenkes pada tahun 2012 ini. Jenis tenaga kerja yang dibutuhkan adalah: Dokter, Perawat, Dosen, dan Sanitarian
CPNS Kemenkes 2012
Pendaftaran Lowongan CPNS Kemenkes (Kementerian Kesehatan) 2012 bisa dilakukan secara on-line melalui website Biro Kepegawaian (www.ropeg-kemenkes.or.id) atau website Kementerian Kesehatan (www.depkes.go.id). 

Pendaftaran dimulai dari 31 Juli sampai 4 Agustus 2012. Prosedur pendaftarannya bisa dilihat lebih lengkap di www.ropegkemenkes.or.id

Lowongan Pendaftaran CPNS BPPT 2012 lowongan.bppt.go.id

Buruan, Registrasi on-line dan penerimaan Surat Lamaran melalui pos untuk CPNS BPPT (Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi) 2012 ditutup 29 Juli 2012.
CPNS BPPT 2012
Bagi yang belum daftar langsung segera registrasi di situsnya lowongan.bppt.go.id. Disana juga tersedia detil dan prosedur penerimaan CPNS untuk posisi ini.

Penerimaan CPNS KEMENKUMHAM 2012 Daftar di cpns.kemenkumham.go.id

Berita bagus nih, Tahun 2012 ini ada Penerimaan CPNS KEMENKUMHAM (Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia ). Jadi buat teman yang ingin mendaftar, silakan deh.  


Update:..Pendaftaran sudah ditutup sejak 27 Juli 2012.

Penerimaan CPNS SETNEG 2012 - Sekretariat Negara

Ada berita bagus buat kawan yang mau coba ikutan penerimaan CPNS SETNEG tahun 2012.
Tahun ini formasi CPNS untuk Sekretariat Negara adalah:


Analis Kebijakan: S1 Hubungan Internasional, Administrasi Negara, Hukum, Ekonomi, Ekonomi Studi Pembangunan. 
Perancang Perundang-undangan: S1 Hukum  

Pendaftaran online: 24 - 30 Juli 2012(hari terakhir Juli 2012) 

Setelah daftar online, kawan harus masuk ke account system masing-masing untuk mengirim/upload lampiran pendaftaran yang terdiri dari ijazah terakhir, transkrip nilai, KTP, dan pasfoto terbaru. Panitia akan mengumukan pelamar yang lulus seleksi administrasi melalui situs Kementerian Sekretariat Negara pada 13 Agustus 2012. 

Semoga sukses bro & sis..

Friday, July 27, 2012

Episode 8: Jangan Salahkan Mata Rabun


Bulan-bulan puasa ni, ni je la yang mampu dibuatnya. Apa lagi nak buat, nak keluar lepak dengan member panas pulak. Baik duk rumah rehat je sebelum start keje bulan depan. Makin dilayan movie feat novel ni makin bertambah rabun la jawabnye.


Ni spek baru untuk tahu ni, dulu spek lama, dah 2 tahun tak tukar. Power pun dah bertambah sikit dah. Hurm, makin teruk rabun aku sekarang. Kalau tak Pakai Spek, Mesti migraine kepala aku ni, siap mata aku sekali kene effect dia. Nak buat macam mana, terima je la dah jadi macam ni. Ubat jangan ditanya, sampai tak larat nak makan ubat. Sejak kecil sampai sekarng hidup dengan ubat je, tak guna jugak. Nak tengok dulu aku pakai spek mana?.


haaaaa, macam ni la dulu. Zaman muda-muda la katakan.hahha.. Sekarang dah tua sikit dah. Sikit je ok. Sekarang dah tak simpan janggut-janggut tuh semua. Malas la pulak rasanya lepas keje restaurant tuh. Rasa nak bersih ja muka ni. Macam yang ni..


Haaa..ni imej lepas keja restaurant, dah tak macam dulu dah. Tapi bila jumpa member-member, diorang kata aku dah makin kurus sedangkan aku tiap-tiap hari makan. Tak tahu nak kata apa, dah badan aku macam ni je kot. Dah tak boleh nak naik lagi dah. ehek!.




Thursday, July 26, 2012

Episode 7: Mengisi Masa Yang Ada


Ni namanya buang masa, maaf. Aku guna camera webcam yang kabur ni. buang masa seketika sebelum bergerak ke kulim malam jap lagi. Berpuasa kat rumah satu lagi di taman lagenda padang serai. Tahu ke?. huhuhu..



Apa yang kita selalu impikan tak selalunya jadi kenyataan, aku impikan dapat jadi macam joker ni. Kejam tapi bijak mengatur langkah. Hahahaha! Jadi villain lagi bagus dari jadi orang baik. kehkehkeh..



Tak habis ngan buku ni, aku layan cerita Secret Garden dari subuh tadi. Nampak mula macam tak best, tapi bila aku layan lagi. Kelakar la pulak. Sampai sekarang aku layan. Banyak lagi episode. Memang best gila lah situasi diorang ni. Tak caya?, try tengok cite ni.


Apa lagi yang nak di buat kat rumah ni, aku rasa musim ni musim yang sangat panas. Adakah musim kemarau?, bahang panas dia lain macam sikit bulan ni. Korang tak rase ke?, ermm..memang la, duduk dalam air-con, mana nak rase ye tak? hahaha. Apa-apa pun, selamat berpuasa yer.. :)


Wednesday, July 25, 2012

Episode 6: Buang Masa?.



Haaaa.. apa lagi yang aku boleh buat kat rumah ni. bukak laptop dua-dua dan layan.haha!. Satu laptop tengok kpop, satu lagi online. Senang sikit.


Memang takda keje la aku nak buat sekarang ni, member ada call ajak pegi KL keje kat sana, tapi modal pun dah habis bayar broadband ni. Mana nak cekau duit, nak buat pinjaman FAMA?, dah tak nak susahkan diorang dah. Apa yang aku mahu, kene usaha dan beli sendiri. Sama la macam laptop aku ni, 7 tahun impikan nak beli laptop sendiri. Baru la dapat satu yang kecik ni. Yang besar tuh adik yang punya, kalau abang dia yang beli. Parah gaji bulan pertama.huhuhu..


Kadang-kadang orang tanya jugak" hang dok buat blog gila bagai ni, apa yang dapat?, buang masa ja, baik lepak ngan kami". Habis tu?, lepak tu tak buang masa la?, sama jugak kan?. Aku ada jugak hobi yang orang lain takda. Blogging bukan buang masa, mengisi masa lapang, ada jugak benda yang aku nak cerita and sharing is caring ngan orang. Ni ngan diorang ni, sembang pasal motor la, awek la, gaduh sana sini la. Naik boring aku dengar.


Macam mana pun, blogger ni tetap di hati aku. Aku suka blogger ni sebab aku dapat kenal ramai kawan yang tak penah aku kenal. Mana tau satu hari nanti boleh jumpa semua blogger, teringin jugak aku nak kenal blogger-blogger terhebat ni kan...

Tuesday, July 24, 2012

Episode 5: Bimbingan Dan Tanggungjawab



assalammualaikum blogger. Hari ni alhamdulillah aku dah pegi temuduga petang tadi dan semua berjalan dengan lancar, bulan depan baru aku mula kerja. Tu yang aku harapkan, aku memang fikir nak simpan duit semua tu sebab ada hajat yang masih belum tercapai.


Dalam masa yang aku fikir aku mungkin pegang tanggungjawab yang besar nanti. Korang rasa macam mana?, hurmmm.. membimbing seseorang yang baru masuk islam. Susah tuh kan?, bukan senang nak pegang tanggungjawab tuh?. Aku sendiri buntu dan takut dengan semua ni, keyakinan dalam diri aku ni tiba-tiba hilang buat seketika.


Dia bagaikan seorang bayi yang tak tahu apa-apa, seperti kertas putih yang belum diconteng. Aku dapat tahu dia cuma berpuasa seperti orang lain dan yang paling aku kagum, puasa dia penuh hingga ke hari ini. Walaupun dia dikutuk oleh bangsanya sendiri dan yang mampu dia lakukan hanyalah senyum. Serba sedikit tentang puasa hukum hakam kita hampir dia tahu. Yelahkan, mungkin dia banyak bergaul dengan orang islam, dari situ dia tahu tentang semua ni.


Apa yang harus aku buat, keluarga dia pun dah tahu semua ni dan keluarga dia tak kisah tentang latar belakang aku.....

Monday, July 23, 2012

Buat Duit Dengan PrelaunchX

(26/7/2012)

(30/7/2012)

(2/8/2012)

(12/8/2012)



Hai, salam ramadhan semua. Ery ada 1 program ni, ramai jugak la yang join benda ni. Mana la tahu boleh buat side income ke kan?, takde effect pape pon sebab benda ni free je dan korang tak rui pape pon. Tak rugi kongsi sama-sama kan, takkan dah untung nak bolot sorang. :)

PRELAUNCHX nie company under forex, forex tu company matawang dunia dan malaysia pu ada jugak forex ni.  Dah banyak dah orang join. Kalau tak silap Ery la kan, 27/8 company ni nak lancarkan prelaunchX  dan sape yang join lepas pada tarikh tu akan kena bayar RM100. Rugikan?, tapi sekarang masih free lagi la selagi tak sampai pada tarikh dia tu.

Lepas pada tarikh tu, forex akan hantar cek kat rumah berdasarkan berapa yang korang dah dapat bulan tu, senang je kan?. So apa lagi. takkan nak tengok je kot. free sign up ni sekarang ni? jom! join Ery skali sebelum kene bayar RM100 nanti. Rugi-rugi..

CLICK LINK KAT BAWAH NI

 prelaunchX Invitation

Episode 4: Kemalasan Melanda


Hari ni macam hari-hari sebelumnya, aku lepak dirumah ja. Sahur tadi aku buat nasi goreng je tuh abah aku, tak tau nak buat apa dah. Nasib baik la kereta keluar hari ni, boleh jugak aku keluar nanti.

Mak aku pun dah balik dari KL, Hari ni aku betul-betul malas tak tau kenape. Nak pergi mana pun rasa malas nak keluar, rasa nak terperuk je dalam rumah ni.

Takda apa yang aku buat kat rumah ni, stakat main game, layan facebook, twitter, itu je yang mampu aku buat. haha!. boringkan?. Oh!, esok nak pergi temuduga, harap-harap aku dapat la keja tu kan.amin...




Sunday, July 22, 2012

Episode 3: Seharian Dirumah


Hari ini aku tak keluar mana-mana pun. Duduk rumah dari pagi sampai la berbuka, entah kenapa malas sangat nak keluar minggu ni. Sebenarnya, kereta kat workshop tengah repair, tu pasal duk kat rumah je tuh. Hahaha!, kalau tak, dah lama keluar masa macam ni. Mesti tak lekat kat rumah punya la.

Apa aku buat kat rumah?, haaa...aku dah mula berjinak-jinak dengan lagu k-pop. Jangan tanya kenapa, ni adik aku punya pasal la. Asyik duk pasang lagu k-pop ja, aku sendiri dah terikut pulak. Lepas ni, aku nak layan RUNNING MAN dari mula. Hehehe..


Esok kancil aku nak keluar workshop, dapat la aku keluar meronda-ronda balik macam selalu, tapi lepas sembahyang terawih la bulan ni. Lagi pun hari isnin ni ada temuduga, doakan aku dapat keje ok. Salam....



Saturday, July 21, 2012

Episode 2:Tengok Wayang



Pagi-pagi lagi aku dah kena bangun awal. Saudara nak datang la katakan. Takkan nak sambut ngan tidur je kan?. Tak sampai 30 minit lepas aku mandi, saudara - mara aku datang. Datang nak ambik mak aku pergi KL nak ziarah atok aku kat sana. Aku tak boleh nak pergi sebab ada temuduga dengan bos yang cafe baru nak buka tu, harap-harap dapat la. Bosan juga asyik duduk rumah je kan?, mana lagi nak simpan duit. Kahwin?, bila lagi nak membujang kan?, takkan sampai ke tua pulak kan. Orang yang menunggu tu, takkan nak tunggu je?, tak pasal-pasal kene kebas dek orang lain. Melepas tak sudah aku. Menangis cam DVD rosak pulak nanti aku. hahaha!.


Petang tu memang malas la aku nak keluar, tapi adik aku ajak aku keluar pergi penang, nak tengok wayang cerita BATMAN la kononnya. Setiba ja dekat penang, wayang yang petang punya cerita baru je start, yang tinggal hanya tengah malam ni. Mahu di jadikan cerita, aku ngan adik aku set untuk tengok malam la kiranya ni, dah boking tiket siap dah. Alih-alih bapak aku call, dia cakap nak hantar kereta pegi repair hari ni. Nak buat macam mana, tak boleh jugak la nak tengok wayang. Adik aku pegi ngan member dia naik motor, takpe la kan, takde rezeki. Bila-bila boleh tengok lagi cerita tuh.


Hurmm.. sahur ni aku makan ngan bapak aku je la, masih terfikir nak masak ape sahur nanti. Abah ada cakap suruh buat nasi goreng je, tengok la nanti. Kalau aku rajin, aku buatlah. Kalau tak rajin, buat la lauk ape-ape pon. Hari pertama korang puasa macam mana pulak hari ni? ok ke tak?. :)



Friday, July 20, 2012

Episode 1:Sahur


Hari pertama sahur dah tak tido dibuatnya, almaklum la. Excited terlebih, nak buat macam mana.Sempat lagi nak nak buat entry ni, dah tak tahu nak buat ape dah. Nak layan facebook or twitter. Semua orang dah lena dibuai mimpi artis kesukaan tak kira la dalam malaysia or luar malaysia. Kalau luar malaysia ni, mesti artis yang hensem-hemsem or comel-comel cam korean or japan punya ni. Aku ja belum pikir mimpi apa nak buat nanti. Harap-harap yang indah la. Hahaha!.

Sahur hari ni dengan mak aku lagi la, esok dah takde dah sahur ngan mak aku. Mak aku pegi KL jap, jumpa atok aku disana. Alamatnya, aku jugak la yang kena masak sahur ngan berbuka nanti. Nasib baik la mak aku ajar aku memasak dari kecik lagi, tak la nak risau sangat bab makan-makan ni. Aku tak la pandai masak yang tahap-tahap chef tu, sekadar cukup rasa dan buat perut rasa selesa tu dah mencukupi kan?.

Oklah semua, sambung episode 2 pulak. Apa yang berlaku lepas ni, aku pun tak tahu. Tengok je la.

Thursday, July 19, 2012

Tips Untuk Berpuasa Dibulan Ramadhan





1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5)banyakkan minum air sewaktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Ery disini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua agama islam yang BERBLOGGING disini. Nampaknya RAMADHAN datang kembali. Siap Sedia berperang dengan nafsu sendiri.



Jangan Lupa Niat Pulak taw. hahaha!..




Selamat tinggal kenangan


Masa lalu telah pun pergi dan ia tidak lagi akan kembali seperti dulu. Tidak perlu lagi engkau selali apa yang telah terjadi kerana semua itu telah mati di hati ini. Kenangan lalu kini mati untuk selamanya dan tak perlu lagi engkau menangis atas apa yang telah sudah terjadi, mungkin takdir menemukan kita hanya buat sementara atau pun kita sememangnya tidak serasi lagi seperti masa lalu yang banyak membawa kenangan manis bersama hinggakan kita terlupa pahitnya itu.


Biarkan saja masa lalu itu pergi dan jangan pedulikan lagi apa yang sudah pergi. Luka masa lalu mungkin tak terubati oleh hati sang pencinta, biarlah jalan tuhan yang menjadi saksi sekian alam. Cinta manusia hanya sementara, tapi cinta illahi kekal abadi.

Tuesday, July 17, 2012

Gejala Kanker Payudara

Gejala kanker payudaraKanker payudara merupakan penyakit yang disebabkan oleh berkembangnya sel kanker di daerah payudara. Penyakit kanker payudara umumnya kebanyakan di alami oleh wanita, penyakit kanker payudara merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan bisa menyebabkan kematian.
Untuk itu bagi anda para wanita perlu mengetahui gejala kanker payudarasehingga bila terjadi pada diri anda dapat segera dideteksi dan segeralah periksa ke dokter.
gejala kanker payudara
Gejala Kanker Payudara
  • Benjolan di payudara
Jangan menyepelekan benjolan yang terdapat di payudara sekecil apapun itu. Umumnya, benjolan tidak terasa sakit dan ukurannya hanya sebesar kacang tanah. Tetapi, jika benjolan tersebut merupakan kanker lama-kelamaan ukurannya akan membesar. Lakukan pemeriksaan payudara sendiri secara teratur. Jika ada benjolan yang mencurigakan segera periksa ke dokter.
  • Rasa Gatal, Sakit dan Payudara Memerah
Adanya ruam pada kulit atau rasa panas saat menyentuh payudara merupakan gejala kanker payudara. Kanker Payudara dapat menyebabkan payudara membengkak, iritasi serta timbulnya rasa nyeri. Selain itu kanker payudara juga menyebabkan kulit memerah bahkan ungu seperti memar. Awalnya kanker payudara disertai dengan rasa pegal seperti saat pra-menstruasi dan gatal seperti terkena alergi. Namun kedua rasa tersebut tidak bisa hilang dalam waktu dekat.
  • Perubahan bentuk dan warna pada puting
Jika ada perubahan bentuk atau warna pada puting susu, Anda juga harus lebih waspada. Biasanya pada pasien kanker payudara puting tertarik ke dalam (retraksi), berwarna merah atau kecoklatan. Keadaan kulit pun mengkerut seperti kulit jeruk.
  • Keluar darah dari puting
Salah satu gejala kanker payudara adalah keluarnya darah dari puting. Warnanya pun tidak selalu merah bisa juga agak kecoklatan. Untuk itu jika puting mengeluarkan cairan berwarna, segeralah konsultasi ke dokter. MORE >
Incoming search terms:
  • gejala kanker payudara
  • penyebab pembuluh darah pecah
  • ketiak bengkak
  • kelenjar payudara
  • penyakit kelenjar payudara
  • puting bernanah
  • gejala kelenjar payudara
  • obat pembuluh darah pecah
  • penyakit yang disebabkan oleh tanah
  • puting payudara bernanah

Inilah Pengganti Cairan Tubuh yang Hilang saat Puasa

Inilah pengganti cairan tubuh yang hilang saat puasa - Dalam sehari manusia mengeluarkan cairan dalam tubuh sekitar 2 liter baik berupa urine, keringat atau yang lainnya. Ketika puasa pemasukan cairan menjadi terbatas, tapi ada cara cepat mengganti cairan tubuh yang hilang.





Seringkali ketika melihat orang berbuka puasa 
dengan minum air kelapa. Ternyata kebiasaan ini cukup membantu menghilangkan rasa haus dan mengganti konsumsi air yang hilang setelah 14 jam lebih berpuasa seharian. "Mengonsumsi air kelapa adalah salah satunya, terlebih lagi karena air kelapa mengandung komposisi elektrolit atau mineral yang seimbang dan mirip dengan cairan darah manusia," ujar
DR. Dr. Saptawati Bardosono, MSc dari Departemen Ilmu Gizi FKUI, saat dihubungi detikHealth, Sabtu (21/8/2010).


Lebih lanjut dokter yang akrab disapa Dr Tati ini menuturkan kandungan yang terdapat di dalam air kelapa adalah air sebanyak 95,5 persen, nitrogen sebanyak 0,05 persen, asam fosfat sebanyak 0,56 persen, kalium sebanyak 0,25 persen, kalsium oksida sebanyak 0,69 persen, magnesium oksida sebanyak 0,59 persen serta sedikit zat besi dan gula. "Bila air kelapa dikonsumsi sebagai minuman untuk menghilangkan rasa haus seperti halnya minum air, maka hal ini tentu saja tidak menjadi masalah," ujar dokter yang juga menjadi anggota Perhimpunan Dokter Gizi Medik Indonesia (PDGMI).


Beberapa orang yang menderita batu ginjal juga sangat percaya air kelapa membantu memecah batu ginjalnya. Tapi menurut Dr Tati penderita ginjal malah harus berhati-hati mengonsumsinya. Hal ini disebabkan orang yang memiliki gangguan ginjal tidak bisa menjalankan fungsinya dengan baik untuk mengatur keseimbangan cairan dan elektrolit di dalam tubuhnya. Jadi sebaiknya berhati-hati dengan segala cairan yang diminum.


Menurut Dr Tati sejak dulu, air kelapa digunakan untuk pengobatan secara herbal oleh nenek moyang manusia. Air kelapa dapat memperlancar susah kencing, mabuk, mengobati kelelahan dan kini juga digunakan untuk menaikkan cairan ketika kena demam berdarah.


"Sejak zaman nenek moyang, air kelapa selain untuk menghilangkan rasa haus juga sudah dikenal dengan beberapa khasiat lainnya yang memerlukan pembuktian secara ilmiah," ungkap dokter yang juga menjadi staf pengajar di FKUI.


Dr Tati mencontohkan manfaat dari air kelapa adalah kandungan asam lauratnya yang bermanfaat sebagai antivirus dan anti kuman. Sifatnya sebagai minuman isotonik, kandungan gula, kalium dan rendahnya kandungan natrium cocok sebagai minuman berenergi untuk atlet karena dapat mengatur elektrolit tubuh dan
menghilangkan rasa lelah.


source

Monday, July 16, 2012

Rindu Seorang Sahabat


Di sebalik wajah - wajah teman yang selalu menemani hari ku, terpahat rindu yang mendalam antara mereka. Walaupun jauh di mata, tetapi di sebalik senyuman mereka ada makna pengharapan yang aku, dia, dan mereka akan bertemu suatu hari nanti.

Namun aku masih mampu lagi tersenyum walaupun mereka tidak lagi seperti dulu, kerana aku masih ada mereka di dalam hati ini seperti saudara aku sendiri yang telah banyak mengisi hari-hari suka mahupun duka bersamaku.

Waktu demi waktu terus berlalu, tapi hatiku tetap sama seperti dulu. Aku tidak pernah melupakan mereka walaupun aku dan mereka tidak seperti dulu. Rindu ini yang selalu menyatukan kembali hubungan aku dan mereka hingga ke saat ini.

Aku mohon padaMu ya Allah, jangan hilangkan perasaan ini bersama mereka. Aku terlalu sayangkan hubungan ini bersama mereka, biarlah semua ini sampai ke akhir hayat. Amin.


Ditujukan Kepada:
Blogger Siblings Yang Mengenaliku.  

Sunday, July 15, 2012

Password Paling Popular Diguna Di Dunia




Mengikut kajian, terdapat 10 password atau kata laluan yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. Berikut password paling popular yang digunakan di dunia. So sesiapa yang ada gunakan kombinasi Password seperti di bawah..elok-elok lah tukar, sebab tu korang tak digalakkan untuk mengisi maklumat korang di laman web yang korang rasa tak selamat..contohnya macam online survey  :-

1. Tarikh lahir
2. Tarikh kejadian / pernikahan
3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou
7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan
8. Kata “password”
9. Nombor Telefon rumah / handphone
10. a1b2c3d3….


Tips Menghilangkan Jerawat





1. Mencuci wajah 2 kali sehari
Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.

2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatang pada kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

3. Hindari kosmetik yang berminyak.
secara alami wajah kita akan menmproduksi minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebisa mungkin hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu akan menjadi media bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

5. Minum air putih
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu segar dan sihat.

6. gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah-pecah. Namun pelembab di sini bukan bererti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.

7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.

8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.
sayur-sayuran mengandung banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkan makan sayur atau buah-buahan, terutamanya yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, memerlukan istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana apabila kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga apabila kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.

cara menghilangkan jerawat diatas merupakan tips menghilangkan jerawat yang sangat mudah untuk diikuti. Jika anda melakukannya dengan teratur dan disiplin, mungkin jerawat di wajah anda akan berangsur-angsur hilang..dan wajah anda menjadi mulus lagi serta bebas jerawat. Semoga tips menghilangkan jerawat ini bermanfaat bagi anda.