Friday, July 6, 2012

Apakah Kesilapan Dalam Bercinta?



Rasa bercinta memang best kan, tetapi adakalanya cinta yang di nikmati tidak seperti yang kita harapkan.  Ada yang bercinta bagai nak rak, macam belangkas ke hulu ke hilir bersama tapi last-last putus juga. Tapi apa sebenarnya kesilapan kita dalam bercinta ni?


Cinta Materialistik Bercinta kerana harta dan wang ringgit. Selagi si dia tu berduit, kita akan sentiasa disisi. Tapi bila dah pokai..hmm jangan kata nak jumpa, call tanya khabar pun tidak. Dah nampak sangat kita sayangkan dia sebab poket dia yang penuh.



Cinta Kerana Nafsu Mentang-mentang si dia tu macam model (untuk perempuan) atau berbadan sasa (untuk lelaki), terus terpikat. Luah rasa cinta..rasa sayang, semata-mata nak menikmati tubuhnya. Tapi kalau esok lusa badan si dia dah mengelebeh sana sini, perut dah boroi…hmm terus kita angkat kaki.
Cinta Kerana Sudah Menjelang Senja Usia dah makin meningkat, dah takut di gelar andartu atau bujang terlajak. Siapa yang di depan mata terus kita rembat. Walhal dalam hati langsung takde feel pun. Tapi dah terpaksa sebab takut expiry date kita dah dekat.
Cinta Balas Budi Selama ni kita asyik bergatung segalanya pada si dia. Last-last terpaksa mengadai badan sebab dah tak mampu nak balas budi. Dalam hati langsung tiada rasa cinta tapi terpaksa juga berkorban.
Cinta Simpati Jauh bezanya antara rasa kesian dan rasa cinta. Jangan sebab asyik melayan ‘drama’ si dia sehingga akhirnya kita terpaksa jadi pak sanggup pula.

Sumber: Klik Sini