Thursday, March 29, 2012
Facebook Timeline Cover
Korang mesti dah tau punya la pasal facebook timeline ni. Ery punya dok borink punya pasal tak tau nak buat apa dah. Skali Ery dapat idea yang tak berapa nak bernas feat sengal-sengal sikit disitu dan jadi lah kesewelan disini.
Ok-ok, lupakan apa yang Ery merapu ni. Ni contoh timeline yang Ery buat. sikit je tunjuk ek?, budak kecik tak boleh tengok banyak-banyak.hehehe..
-Guitar-
-Lovely Couple-
-The Dead Come To Life-
Ni yang Ery boleh tunjuk kat korang. Jangan la bukan muka RM50 hengget, terpilu hati ery ni kot. Kalau seposen tak pe.bleh bayar lagi.huhuhu..
Sebenarnya ada lagi yang ery nak buat. Baru sikit je buat ni. Sebagai nak buang masa yang terluang ni kan.
Korang boleh check kat Facebook Ery: CLICK HERE
Atau korang nak tengok terus dari Photo? : CLICK HERE
Sorry La ek, kalau tak berapa nak lawa feat hensem Ery buat ni. Ada banyak lagi, nanti Ery bagitau je kat Facebook Ery okey. Enjoy ber Timeline walaupun ramai yang tak minat. Hehehe...
Wednesday, March 28, 2012
Aku Lakukan Untuk Kebahagiaan Kau.
8:30 AM
Kata Hati
Aku rasa macam aku yang salah dalam semua hal sekarang ni. Aku tak pedulikan dia lansung walaupun dia call aku banyak kali. Aku tahu aku tidak tunaikan janji aku pada dia yang aku ingin dia tersenyum dan ketawa bersama aku, tapi apa yang dia dapat sekarang adalah tangisan yang aku tak ingin dengar dari dia. Aku tahu perasaan aku ini kadang-kadang mengelirukan diri aku sendiri dan aku tidak tak tahu kenapa aku jadi macam ni?.
Aku keliru, dia sudah menemui cinta yang dia cari selama ini dan aku berharap dia gembira bersama teman lelakinya. Aku hanya tak mahu jadi penghalang atau perasaan orang ketiga dalam hidup dia. Aku rasa tindakan aku ni betul, sebab aku ingin melihat dia bahagia. Itu yang aku inginkan selama ini. Aku tahu aku cuma teman untuk dia meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya dan mengisi kekosongan dalam hati dia untuk dia terus tabah dah tersenyum bila denganku.
Kenapa kau cari aku balik walaupun kau dah putuskan yang kita bukan lagi kawan seperti mana yang kau kenal dulu. Maafkan aku sebab aku tak boleh jadi Ery yang kau kenal dulu, dan aku sendiri tak ada jawapan pada soalan yang kau tanya pada aku. Maaf sekali lagi kerana membuatkan kau menangis kerana aku. Aku buat semua ni sebab nak tengok kau bahagia, sampai masa nanti. Aku akan kembali seperti mana kau kenal Ery yang dulu. Bersabarlah.
Aku doakan kau bahagia disamping orang yang kau sayangi. Aku berharap sangat-sangat.
Saturday, March 24, 2012
Penghinaan Bagi Umat Islam!(Selesai Kes!)
6:44 AM
Agama Kita
Salam semua, hari ni memang aku panas membara jugak la bila terbaca tentang ni kan. Aku kalau boleh nak mintak tolong korang semua banned terus page ni. korang masuk kat Fan page ni.
SUDAH DI BANNED!
Korang jangan LIKE pulak, ni dah sokong diowang pulak kan. click kat GEAR yang bulat dalam picture yang aku tunjuk tuh.
1)Masuk page nie
2)klik button gear
3)report share
4)klik hate speech
5)Targets to religious group
2)klik button gear
3)report share
4)klik hate speech
5)Targets to religious group
Aku sangat-sangat perlukan bantuan korang, sebab aku tak mampu nak buat sorang. Ini bukan soal aku sorang, soal MARUAH AGAMA kita sendiri. harap korang tolong aku sangat!.
Korang boleh share ni. Jangan Biarkan Diorang Hina Kita! Maruah Agama Kita!.
Korang boleh share ni. Jangan Biarkan Diorang Hina Kita! Maruah Agama Kita!.
THANK SEMUA! DAH SETTLE! PAGE DAH KENE BANNED! THANK YANG BANTU AKU TADI! TRIMA KASIH BANYAK2!
Selesai Kes Bersama Rakan!:24/3/2012
Friday, March 23, 2012
Madah: Sayang
9:54 PM
Madah Kata
"Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya...."
"Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan ditunjukkan secara semulajadi."
"Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi."
"Wajah yang tenang, tutur kata yang lemah lembut dan kebaikan tingkah laku mampu memikat hati sesiapa jua termasuk mereka yang cerewet, keras hati dan ego."
"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya memahami si dia. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."
"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah memakbulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."
Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?
Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.
"Cinta boleh membuatkan kita ceria, berbunga, mulia bahkan boleh mengajakmu ke syurga. Tapi tidak sedikit yang boleh membuatmu merana, kecewa, terlena dan hati menjadi buta."
"Layarkan bahtera di lautan persoalan. Bersama naluri yang kian pudar. Harapan yang tinggi bukanlah tandingan. Bergetar bibir muda antara sedar."
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafus manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Wednesday, March 21, 2012
Koleksi Madah Rindu
12:08 AM
Madah Kata
Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian
Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.
Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.
Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.
Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.
Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
oanak duri kehidupan ini
Bayangan semalam menghantui jiwaku lagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.
Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.
kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk ku ubati kelukaan lalu
Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.
Terpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan terindah
pengalaman bersamamu,terbayang di ingatan.
Pada kedewasaan yang meniti,ku lukiskan impian,ku ukirkan haluan,ketika itu terasa diriku kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.
Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..Harapan yang tak pasti.
Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.
Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan
Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.
Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.
Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.
Hujan malam..seorang gadis dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya dan sengsara.. di dihatiku sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata.
Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama daun daun kering ditaman terasing.
Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.
Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.
Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.
Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai cinta kita sekuat akar.
Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..Cinta kita pasti akan menyemarak.
Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana ia kekal sepanjang hayat.
Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan. Cinta sejati tak berkurang dengan keburukan.
Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejati tak pernah curiga.
Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejatisemakin tua semakin sayang.
Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.
Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.
Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagian yang akan kau berikan.
Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.
bicara cinta takkan berakhir disini.
Tuesday, March 20, 2012
Lawak: 2 Hantu
9:20 AM
Lawak Orang Kita
"Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.
" Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu."Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.
." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die tak mau jawab.
So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?

Monday, March 19, 2012
Hari Air Sedunia 2012
Category:
AirEvent Date:
20-24 March 2012
Location:
Dataran Pinggiran Sg. Kerian, Parit Buntar, PerakATUR CARA
MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2012
24 MAC 2012 (SABTU)
DATARAN PINGGIRAN SG. KERIAN, PARIT BUNTAR, PERAK
MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2012
24 MAC 2012 (SABTU)
DATARAN PINGGIRAN SG. KERIAN, PARIT BUNTAR, PERAK
MASA | ACARA |
8.30 am | Para Tetamu Mengambil tempat |
9.30 am | Ketibaan Dif-dif Jemputan Khas |
10.00 am | Ketibaan YAB TPM |
Nyanyian Lagu Negaraku | |
Bacaan Doa | |
Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi UNESCO-IHP Malaysia | |
Ucapan Alu-aluan oleh YAB MB Perak | |
Ucapan Perasmian oleh YAB TPM | |
Gimik Perasmian dan pelancaran DSAN | |
Penyampaian Anugerah Tesis Sumber Air Terbaik | |
Penyampaian Cenderahati Kepada VVIP | |
11.15 am | Jamuan Makan Rakyat dan Bersurai |
Ape lagi, lepak-lepak kat sane la nanti.huhuhu.sape budak parit buntar kat sini :)
Sunday, March 18, 2012
Lawak: Panggilan Sayang Untuk Isteri
8:59 PM
Lawak Orang Kita
Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.
Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Saturday, March 17, 2012
Lawak: Bayi Jepun
6:07 PM
Lawak Orang Kita
Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepun.. kenapa?"
Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

Lawak: Pengemis Dan Pelajar Universiti
3:17 AM
Lawak Orang Kita
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang
pengemis tua di depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Hampehhhhhh..!!!!*

Friday, March 16, 2012
Lawak: Mamak Punya Hal
4:01 PM
Lawak Orang Kita
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????

Thursday, March 15, 2012
Lawak: Burung Kakak Tua
11:18 PM
Lawak Orang Kita
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

Lawak: Panglima
7:29 PM
Lawak Orang Kita
Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yang cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

Lawak: Ada Apa
5:55 AM
Lawak Orang Kita
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan..
penjual roti itu berkata, "Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

Lawak: Orang Buta
3:15 AM
Lawak Orang Kita
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itujuga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu."Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotoryang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Darisitu nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki butatersebut.Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannyakepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Sayapesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itumemang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa harikemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekasdipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan paisdan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makanmenu lainnya.Amin memberikannyakepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,"Bau sudu yang ini sedap juga, sepertihabis diguna untuk makan ayambakar dengan sayur ulam dan sambalbelacan." Amin mengiyakan dan silelaki buta memesan makanan tersebut.Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.Dia datang lebih awal ketika belumada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yangboleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifatnakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanansebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,kamu usapkan sudu ini diketiak kamu""Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham."Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengahmemaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" danmenyerahkan kembali kepada Amin.Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki butaitupun menghidu sudu itu, denganmengernyitkan keningnya, lelaki butatersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja disini....... boleh saya jumpa dia"Amin: ????????????????.(bengang)Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................
Lawak: Penculik Yang Bangang
2:59 AM
Lawak Orang Kita
Rizal telah menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak dia kenali..
Penculik: Saya telah menculik anak kamu! Kalau kamu mahu dia selamat, serahkan wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00 sekarang juga.
Dengan ragu-ragu Rizal menjawab.
Rizal: Tapi encik, saya belum ada anak. Kahwin pun belum lagi.
Penculik: Kalau macam tu, kamu siasat anak siap yang telah saya culik, dan wang tebusannya kita kongsi dua.
Jawap penculik tanpa rasa bersalah.

Lawak: Papa Dan Mama
2:39 AM
Lawak Orang Kita
Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."

Wednesday, March 14, 2012
Hadiah Dari Ibu Mertua
7:00 PM
Lawak Orang Kita
Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.
Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”
Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Subscribe to:
Posts (Atom)