Sunday, October 28, 2012

Awak Perlu Tahu


Mungkin awak cuba untuk mendiamkan diri agar saya berputus asa pada awak, dan akan meninggalkan awak. Maaf kalau saya bukan lelaki begitu, dan maaf kalau saya tak boleh jadi macam lelaki lain apabila awak mendiamkan diri agar saya lupakan awak. Hati dan perasaan saya hanya setia pada yang satu selama ini, mungkin awak dah banyak kenal lelaki yang selalu kecewakan awak, tapi bukan saya. Saya akan cuba selagi mampu, saya tidak akan ucapkan selamat tinggal selagi saya ingin mencuba apa yang termampu untuk hubungan ini.

Awak kata pada saya yang ajal, maut, jodoh semua di tangan Tuhan, tapi bagi saya tu kata-kata orang yang telah berputus asa. Jadikan takdir sebagai alasan bila tak dapat apa yang mereka mahukan. Inikah yang dikatakan sayang hingga ke akhir hayat?, inikah perasaan sayang antara 2 insan?. Saya betul - betul tak faham erti sayang itu sekarang.

Walaupun hubungan saya dan awak semakin retak dan mungkin perpisahan berlaku antara kita, awak perlu tahu yang saya akan sentiasa mengingati awak dan akan selalu menyayangi awak seperti dulu walaupun masa akan datang awak mungkin telah melupakan saya. 

Selama ini saya tak pernah kenal wanita yang begitu baik dan teristimewa seperti awak hingga ke hari ini. Awak adalah wanita pertama yang pernah membuatkan saya mengalirkan air mata kerana awak. Awak perlu tahu tu, yang awak terlalu penting dalam hidup saya.